Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Jejak Amal Aurcino

Assalamualikum wbt...
Semoga kita semua di dalam naungan kasihnya Allah...

          Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya ke sebuah desa yg bernama Aurcino yg terletak dalam provinsi Jambi di Sumatera Barat. Pengalaman ke sana adalah satu pengalaman yg sgt berharga buat saya dan pasti saya tidak akan lupakan sepanjang hidup saya.
          Utk pengetahuan semua, anak angkat saya Afdhal berasal dari desa Aurcino. Dia sering berkongsi cerita tentang abahnya yg tidak pernah lelah mengajar Al Quran di madrasah dan juga di rumahnya. Selama berpuluh tahun abahnya mengajar anak2 desa Aurcino mengaji di rumahnya. Bilangan anak2 semakin hari semakin meningkat. Ruang mengaji di rumahnya tetap ukuran yg sama sejak dulu lagi. Ketika itulah hati saya terdetik utk membantu. Saya mengajak rakan2 saya semasa kami sama2 belajar di kolej perguruan pada tahun 1978 utk sama2 beramal membantu mewakafkan dana utk membina sebuah bangunan utk anak2 mengaji dan menghafal quran. Rumah itu bergelar RQA(Rumah Quran Al Khairat). Pada awalnya saya merasa kurang yakin tentang kemampuan saya utk mengajak kawan2 membantu. Saya tubuhkan satu kumpulan bergelar Circle of Trust. Namun saya amat bersyukur apabila kawan2 yg membantu saya adalah kawan2 yg sgt proaktif dan supportive. Terima kasih yg tidak terhingga kpd Zainab, Hasnah. Dr Rosli, Samsul dan Masrol.

          Dalam tempoh dua setengah bulan kami berjaya mengumpul RM70,000 drpd donatur2 untuk diserahkan kpd RQA. Sungguh saya tidak menduga betapa ramai yg hauskan pahala amal jariah .. berebut2 utk berwakaf utk mencari keredhaan Allah. Dalam pada itu kami bersepakat utk pergi berziarah dan bersilaturrahim ke desa Aurcino. Inilah peluang saya nak ke Jambi. Selain drpd bertemu dan bersilaturrahim, saya juga punyai keinginan yg sangat besar yg telah lama saya pendamkan.Saya ingin menjijak kaki saya ke Jambi tempat asal usul arwah ibu saya. Saya ini terhasil drpd 1 Minang 1 Melayu(disebelah bapa) dan 2 Jambi (di sebelah emak).


Day 1 - 27hb
          Setelah segala urusan selesai kami bertujuh ia itu Zainab dan suami, Masrol dan isteri serta saya , suami dan anak bongsu saya pun berangkat ke Padang pada Ahad 27hb November 2016. Setibanya kami di airport Minangkabau pd pukul 2 ptg, kami disambut oleh Afdhal dan Radhiyatul Fajri sahabat Afdhal. Saya sudah lama mengenali Fajri. Saya sudah anggap dia seperti anak saya sendiri. Travel car yg amat selesa membawa kami. Kami sedia maklum yg perjalanan kami ini sangat jauh. Setelah kami lunch hidangan nasik padang, kami mula bergerak ke arah Jambi.

saya dan suami

kami bertiga beranak

Zainab dan suaminya Sharif

Masrol dan isterinya Jalina
lunch nasik padang...berpuluh2 hidangan yg enak2 dan aneh2..hehe
 
peta menunjukkan perjalanan kami ke Aurcino...sangat jauh

          Dalam perancangannya, kami akan berhenti dan bermalam di Hotel Umega di sebuah tempat bernama Gunung Medan. Sepanjang perjalanan kami kebanyakkannya tidor shj. Mungkin kami terlalu penat. Nak tengok pemandangan pun tak boleh, gelap gelita. Tepat jam 11 mlm kami tiba di Gunung Medan. Beerti perjalanan kami adalah lebih kurang 7 jam dari Padang ke gunung Medan. Kami supper di restoran Umega dan terus check-in. Allahuakbar..penat sgt tapi mata pulak tak boleh tidor...

Day 2- 28hb
           Setelah kami bersarapan di hotel, kami bersiap2 utk ke desa Aurcino. Kami pastikan barang2 yg nak dibawa kpd RQA semua sudah siap. Ada ole2 utk anak2 RQA juga beberapa barang yg lain sebagai buah tangan kpd mereka di sana.

 rumah2 yg terdapat di tepi jalan ke Aurcino semuanya konkrit tp kecil dan comel

inilah saat yg paling istimewa ketika kaki ku menjijak tanah Jambi..hati terusik dan sayu seolah2 saya pulang ke desa emak saya..inilah rumah anak angkat saya Afdhal..

terharu bercampur gembira sangat melihat progres bangunan RQA yg sudah sampai ke tahap ini...

RQA yg sedang dibina

 makan lunch di rumah Afdhal bersama keluarga, jiran dan beberapa ketua masyarakat Aurcino


inilah hidangan yg sangat heaven buat saya...ikan kaloi masak tempoyak dan pucuk ubi...hidangan yg sangat humble tetapi enak sekali

Kami dijamu makan tengahari dengan layanan yg sangat baik dan mesra. Terima kasih Abah Sulaiman(abah Afdhal)dan family

bersama keluarga Abah Sulaiman yg sangat baik hati

          Pertama kali dalam hidup saya makan ikan kaloi apalagi di masak dgn tempoyak. Sedap sangat. Kami sedikit pun tidak berasa asing dan janggal ketika berada di rumah Abah. Kami rasa benar2 terjalin silaturrahim yg cukup indah. Tak pernah termimpi yg saya akan pergi sejauh ke sini.
Acara seterusnya kami dibawa melawat Madrasah yg dikendalikan oleh Abah. Ketika kami sampai, hampir 200 lebih anak2 berlari kegembiraan ke arah kami. Madrasah ini dibina sejak zaman Belanda lagi. Tak pernah satu ketika Madrasah ini berhenti memberi ilmu Al Quran kpd anak2 Aurcino. Abah yg mengajar hampir 30 tahun tak pernah menerima satu sen bayaran pun. Semua dilakukan utk jalan Allah.
bersama anak2 di madrasah Nurul Taufik

     

          Selepas kami ke madrasah, kami dibawa ke dewan orang ramai . di situ diadakan acara sambutan rombongan kami oleh anak2 RQA dan ibu bapa mereka. Juga diadakan acara penyerahan dana secara simbolik, pertukaran cenderahati dan di selang seli bacaan surah Al Quran oleh anak2 Aurcino. Kami dijamu lagi dengan kueh mueh yg enak.





penyerahan dana secara simbolik dari Pak Masrol kpd Abah

penyerahan ole2 utk RQA drpd Bapak Aziz kpd Abah





tanda ingatan drpd RQA kpd Group Circle of Trust

berfoto kenang2an 

          Setelah selesai acara di dewan, kami kembali ke rumah Abah utk solat jamak. Kami juga menyerahkan ole2 utk anak2 RQA dan juga ole2 utk family Abah. Sebelum kami pulang ke Gunung Medan kami berfoto kenangan lagi.


ponakan Afdhal dan Afifah yg comel 

foto kenangan bersama abah dan emak Afdhal
babah, abah, emak, mama
semoga RQA dibelakang kami ini siap dan diimarahkan dgn alunan suara bacaan quran dan juga hafalan anak2 Aurcino

Day 3-29hb
bergambar kenangan di depan Hotel Umega di Gunung Medan sebelum berangkat ke Padang



Danau Singkarak yg sangat indah

pondok rehat digigi air danau

pengalaman bakar pisang 

oo..sedapnya..pisang dibakar, dileperkan dengan apitan kayu, dituang susu pekat manis, choc rice dan cheese..yum..yum..

donut mcm ice cream yg lembut sedap dan tidak manis..


lauk yg memang tak sanggup ku telan

makan durian kampung yg sgt murah...


Day 4-30hb
selamat sampai Malaysia..terima kasih sahabat2 ku kerana sanggup bersama2 melalui susah dan senang demi mendapat keberkatan Allah

@Tiada tolok tanding seronoknya beramal jariah...
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post