Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Salju di Kashmir

Assalamualaikum wrbt

Sudah agak lama saya tak menulis. Saya agak sibuk mengurus anak bongsu saya menghadapi SPM. Letih. Maklumlah, saya lahirkan sibongsu ni ketika usia saya 40 tahun. Dalam usia 57 tahun masih mengurus anak bersekolah. Anak2 lain menasihati supaya saya dan suami pergi bercuti setelah sibongsu tamat peperiksaan. Kami memilih musim salji di Kashmir, India.

       Kami bertolak ke Delhi pd 21hb Disember 2015. Sebelum bertolak saya sudah sangat maklum bahawa saya akan ke negara yg miskin, kotor dan makanan2 nya berempah. Saya harus bersedia. Namun setiap pengembaraan itu memerlukan kekuatan mental, fizikal dan juga ketahanan perut.
Kami tiba waktu malam di Indira Ghandi International Airport Delhi. Sebelum itu saya membayangkan bahawa pasti airportnya kelam kabut, riuh rendah disulami berbagai bau. Tekaan saya salah. IGIA sangatlah besar, tenang, bersih dan indah. Malam itu kami terus check in hotel utk bermalam.
di Indira Ghandi International Airport Delhi India

          Pada hari kedua selepas kami bersarapan kami terus bersiap2 dgn beg kecil sahaja untuk ke airport. Kami mengambil domestic flight ke Srinagar di utara Delhi. Beg besar kami ditinggalkan dgn ajen di Delhi. Penerbangan kami mengambil masa 1 jam 30 minit. Setibanya ke Srinagar, kami dibawa ke houseboat  yg terletak di Dal Lake sebuah tasik yg sangat besar dan indah. Di sinilah shooting sebuah filem hindustan yg terkenal Jab Jab Phool Khile pd tahun 60'an dulu dgn pelakonya Shashi Kapoor dan Sadhana. Dr jetty, kami menaiki sampan Shikara utk ke houseboat. Houseboat kami bernama Miss England mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu yg sgt besar dan cantik. Kami kongsi houseboat ini dgn 2 pasangan yg lain. Ketika ini suhu adalah 6 hingga 7celcius. Sangat sejuk.


deretan houseboat yg cantik di Dal Lake

menaiki shikara utk ke houseboat kami Miss England

lunch kami

di perkarangan houseboat..malangnya bunga2 yg cantik tandus ketika ini sb musim winter

interior houseboat yg sgt cantik



jalan2 di Srinagar


prasan sekejap..Shah Rukh Kahan dan Kajol tiruan di Bhat Garden...sayang sekali musim sejuk..bunga semua terhapus...

ronda2 kedai fabrics...cantik2 kain silk sareenya...

hari kedua bersiap sedia nak ke Gulmarg kawasan pergunungan tempat salji..belum berangkat dah berbungkus macam lepat dan berheater...

asal boat shikara bergerak aje, penjual2 barangan akan menghimpit shikara utk menjual barangan mereka. Penjual saffron ini 2 hari merayu kami membeli saffronnya. Akhirnya dia kalah dgn bargain suami. Kami dapat beli dgn harga 25% drpd harga asal.


perkampungan Kashmir menghala ke Gulmarg

tu dia...-6degrees celcius siap dgn angin sepoi2 yg menggigit tulang


kenderaan yg membawa kami ke puncak Gulmarg

sledging time...kesian sgt yg tukang tarik ni...2 orang sekali gus dia tarik...patutlah badan dia slim..yg kami pulak bertambah montel..hehe.

Oleh kerana saya rasa berat kepala, saya stay tk ikut suami naik gondola..kami diberi solat di bilik suite ini. Kelihatan juraian ais dr tingkap bilik hotel...




puncak gunung Gulmarg

peniaga barangan yg tak pernah putus asa

pencarian rezeki di musim sejuk...menyulam pakaian

bye2 Srinagar, Dal Lake, boathouse, Kashmir...flying back to Delhi

beautiful snow capped mountains..view from our plane from Srinagar to Delhi

Gulab Jamun...dessert time..bedal dgn ice cream

makanan berempah..breakfast, lunch, dinner...sedapp...tapi adoyai...

sesampai Delhi, terus bergerak ke Agra...di Agra Red Fort...istana raja moghul Shah Jehan



taman bunga yg sedang berehat di musim sejuk...





ruang rehat permaisuri Mumtaz Mahal...semua marble..




Taj Mahal diAgra..

Ketika Mumtaz Mahal melahirkan anaknya yg ke 14 dia gering. Dia memanggil suaminya Shah
Jehan dan berpesan kpdnya.
"Jika saya mati..pertama, janganlah kamu cari isteri baru. Kedua, belalah anak2 seperti seorang ayah kpd anak2 bukan seorang raja kpd anak2. Ketiga, binalah sebuah tempat bukan utk memperingati diriku tapi sebagai tanda agungnya cinta untuk disebarkan serata dunia."
Maka terbinalah Taj Mahal yg cukup indah dan hampir sempurna diperbuat dgn 100% batu marmar kristal oleh 20,000 pekerja yg membina siang malam tanpa henti selama 22 tahun.


makam Mumtaz Mahal disebalik pagar marmar di ruang tengah Taj Mahal


 selain dari kami suami isteri meraikan anniversary kami yg ke 35 tahun pd tahun ini, pasangan Jepun ini juga meraikan perkahwinan mereka di sini.


di dalamnya hanya makam Mumtaz dan sipinya makam Shah Jehan

shopping time


 meja marble..pembuatan yg sgt rumit

 jurutukang yg semuanya keturunan jurutukang yg membina Taj Mahal





India sebuah negara yg tidak terkawal kebersihannya..hmmm
selamat tinggal India...ku kembali dgn cirit birit selama 2 hari...tak tahan perut dgn makanan yg berempah...
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post