Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

never 100 %


Assalamualaikum wrbt semua
Peace be upon us...

Jom, kita kongsi cerita sikit...


Hidup ini hanyalah khayalan
Penuh dusta dan penipuan

Usah percaya pada janji
Kelak nanti memakan diri

          Kawan saya Suri(bukan nama sebenar) meninggalkan suami dan keluarganya di Sarawak kerana melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di semenanjung Malaysia. Sebelum berangkat suaminya berpesan supaya menjaga baik diri dan nama suami dan keluarga ketika di perantauan. Suri dan suaminya pula sama2 berjanji tidak akan berbuat perkara2 yg tidak baik yang boleh memalukan nama mereka. Suri juga telah bersumpah kepada suaminya yang dia percaya 100%  atas kejujuran dan kesetiaan suaminya.

           Saya amat terkejut mendengar Suri berkata begitu kepada suaminya. Saya berpendapat..It is wrong to say that...Kini, Suri sudah berpuluh tahun hidup merana kerana ditinggalkan suami. Suaminya tergila2kan seorang wanita lain ketika Suri masih belajar di universiti. Betapa hancur luluhnya hati Suri kerana selama ini mempercayai serta melafazkan kepercayaan 100% kepada suaminya yg akhirnya curang kepadanya. 
  
          Saya manusia realistik. Saya bukan manusia hipokrit. Saya melihat sesuatu dalam kehidupan dalam bentuk reality. Saya memang tidak setuju jika kita  melafazkan 100% kepercayaan kita kepada mana2 individu. Bagi saya, 100% adalah satu angka yg lengkap. Saya hanya percaya 100% kpd Allah dan semua yg termaktub dalam agama Islam. Lain dari itu, tiada siapa pun yang layak dapat kepercayaan 100% daripada saya apatah lagi utk saya lafazkan. Ini adalah pendirian saya. Kalau orang lain tak setuju...silakan....


          Kita boleh mempercayai beberapa orang tertentu. Tetapi jangan lafazkan yg kita percaya dia 100%. Tau tak kenapa kita tidak boleh mempercayai sesaorang itu 100%?  Ini adalah kerana, kita perlu menyimpan beberapa % untuk dijadikan 'ubat' jika kita terluka. % yg kita simpan itu juga akan jadi satu entiti  utk membantu kita bermuhasabah diri. % itu juga adalah kekuatan untuk kita bangkit semula ketika kita rebah dalam kekecewaan. % itu juga adalah untuk membantu kita kembali tersenyum dan move forward. Jika kita percaya 100%,...kemudian kita dikecewakan....tiada apa bekalan lagi yg tinggal utk kita mengubat perasaan kita.

          Terlalu banyak kita lihat manusia hanya pandai berjanji tetapi hanya di lidah sahaja bukan di hati. Namun saya tidak menafikan, masih wujud di dunia ini manusia yg berpegang pada janji, jujur dan setia hingga ke akhir hayat. Ingin saya mengingatkan, jangan sama sekali lafazkan kepercayaan 100% kepada mana2 individu walaupun pada suami, isteri, anak atau sesiapa saja. Simpan sahaja % kepercayaan kamu dalam hati dan sanubari. Biarlah kamu sendiri saja yg tau. Jangan dilafazkan!


           Jadi anda semua di luar sana..sebelum kamu buka mulut,.... bukalah hati dan otak mu dulu....jangan pandai2 sangat nak lafaz percaya masing2 100%....kelak memakan diri sendiri.
          
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post