Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

You are what you said

       



Assalamualaikum wrbt semua... khasnya anak2 muda....
Semoga hari ini lebih baik dari semalam....


            Allah SWT anugerahkankan kita setiap manusia satu 'kemampuan' dan 'kebolehan' yang amat berharga. Kemampuan itu adalah kuasa untuk berkata2. Semua agama dan kepercayaan mengajar kita berkata2 perkara yang baik2 sahaja. Kalau kita tidak mampu berkata yang baik2 maka adalah adalah lebih baik kita diam sahaja. Tapi malangnya, apabila manusia dianugerahkan  dengan kuasa ini, mereka alpa. Bahawasanya apa kata2 yang keluar dari mulut mereka kadangkala sangat tidak terkawal hingga menggambarkan siapa diri mereka yang sebenar.


            Tak kira lah sama ada kita ini seorang ibu, ayah, anak, guru, kawan, kakak, abang atau sebagainya...sifat kita menyerlah melalui kata2 yang keluar dari mulut kita. Orang membaca sikap dan sifat kita melalui kata2 kita. Ada sesetengah orang itu, bila berkata2 di hadapan kita amatlah manis bahasanya namun dibelakang kita dia mengumpat hal kita. Bila umpatan itu sampai ke telinga kita, maka kita tahulah siapa mereka ini sebenarnya. Ada juga yang tidak memahami nasihat orang. Mereka tidak sabar dan cepat panas hati, maka terkeluarlah kata2 balas yg sangat menoreh dan melukakan hati.

             Saya sangat risau dan takut dengan tutur kata anak2 muda zaman sekarang. Memada'ilah saya melihat di social network sahaja cara anak2 muda terang2an bila mengeluarkan komen, atau berbalas komen atau bertutur perkara biasa. Mereka ini banyak menggunakan kata2 yang kasar dan kesat sehinggakan sudah hilang rasa malu...hilang rasa hormat...hilang keimanan....hilang maruah dan harga diri.  Mereka ini tidak mnyedari bahawa mereka bukan sahaja hilang rasa hormat kpd orang lain tapi hilang rasa hormat pada diri sendiri. Bila kita hilang hormat pada diri kita sendiri...habis musnah...diri kita sudah tidak punyai nilai apa2 lagi.



               Sungguh sedih hati ini bila satu ketika saya pernah membaca satu status fb anak muda yang berpendidikan tinggi, meluahkan perasaan marah dan bencinya kepada orangtua nya. Saya sebagai seorang ibu yang hatinya penuh kasih sayang, berasa sangat terkilan sehingga menitis airmata kerana saya merasai seolah2 anak muda ini berkata marah bencinya itu juga kepada saya. Sehingga saya  unfriend dia kerana saya memang tidak sanggup berada dilingkungan manusia sepertinya yang zalim dengan dirinya sendiri dan zalim kepada orang lain.


               Saya juga sangat terkejut dengan status seorang wanita muda yang kecewa dalam bercinta. Kata2nya amat menakutkan saya. Dia memohon Allah cabutkan nyawanya! Dia juga menggambarkan keinginannya membunuh diri. Astaghfirullahalazim....Sedarkah dia bahawa teman2nya dan keluarganya semua dapat membaca statusnya...pasti ada yang mengurut dada dan beristighfar....Dimanakah letaknya  imannya sebagai seorang muslim?  Saya bukanlah layak untuk menghukum  sesiapa tetapi andainya kata2 dia itu sekadar ugutan...ianya tetap satu perkara yang menggambarkan sikapnya yang sangat luntur imannya.

                Kalau dengan diri sendiri kita boleh berkata2 dengan bahasa yg seburuk itu, dengan orang lain apatah lagi. Kalau dengan diri sendiri kita sudah hilang hormat, bagaimana pula kita hendak hormat orang lain?

         

Buat anak2 muda di luar sana...sentiasa banyak beristighfar apabila hendak berkata2...kerana kata2 yg sudah disebut, pasti tidak akan boleh kita tarik balik....
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post