The owner
![]()
Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.
Old Entries Credits ![]() Basecode by Atin Tory . Thanks too by L O V E.
| you add me?why? Assalamualaikum wbt...semua Peace be upon you... Hari ini saya ditag di facebook sebuah video tentang betapa lekanya kita semua berhubung di layar maya dengan facebook friends kita yang sebenarnyalah hanya friends di maya sahaja. Mereka adalah friends yang wujud tetapi di awang2an sahaja. Kita banyak melepaskan peluang berhubung dengan manusia yg wujud di depan mata kita. Ini amat merugikan. Tapi disebalik semua itu, sebenarnya kita mampu merubah segala2nya. 'Why did you add me as your facebook friend?' Inilah soalan yang sering saya tanya diri saya, kenapa orang ini , orang itu add saya di facebook. Bagi pendapat saya, kalau DIA add saya, beerti DIA mau kenal dan kawan dengan saya. Tapi ini lah senarai kemungkinan jawapan yang sebenarnya kenapa DIA add kamu. 1. Dia add kamu kerana ingin mencari sahabat lamanya yg telah terpisah, tetapi dgn tidak sengaja dia 'ter add' kamu. 2. Dia add kamu kerana kamu adalah friend kepada friendnya dan status2 kamu selalu menarik perhatiannya utk dibaca dan dikongsi.. Apa lagi kalau status kamu itu mampu memberi impak kpdnya. 3. Dia add kamu kerana kamu banyak persamaan hobby dan interests. Contohnya kamu suka memasak. Dia juga suka memasak. Kamu upload foto2 masakan yg membuat dia tertarik utk berkongsi resepi. 4. Dia add kamu kerana kamu adalah guru atau bekas gurunya yg sangat dia hormati dan ingati ketika dia bersekolah dahulu.. 5. Dia add kamu kerana kamu adalah teman dan sahabat past dan present nya. 6. Dia add kamu bukanlah kerana ingin benar2 kenal kamu tetapi sekadar suka2 sahaja. 7. Dia add kamu kerana nak mengintip kehidupan kamu. Dia mungkin musuh dalam selimut. 8. Dia add kamu kerana ingin meramaikan populasi friends nya sekadar utk mendapat seberapa byk koleksi 'LIKES'. 9. Dia add kamu kerana dia ada niat dan hajat yg lebih jauh sama ada niat yg baik atau sebaliknya. Hati2 dgn friends yg begini. 10. Dia add kamu kerana sifat positif yg ada dalam diri kamu seperti bermotivasi tinggi, berilmu agama yg boleh dijadikan rujukan, intelligent, keibuan, penyayang, caring, berperibadi tinggi dan santun.
Kamu add saya
tapi kamu menjauh.
Kamu add saya
tapi kamu mendiam
No communication
No responses
Nothing
If you add me as your friend,
let us be real friends
Let us share
our thoughts
our moments
our interests
then...
dare to call me your fb friend
Sejak saya mula mempunyai FB friends pada tahun 2010,saya usaha utk wujudkan suasana 'friends' itu dengan mereka. Kalau tidak, semuanya itu sia2 belaka dan membuang masa sahaja.Foto2 ini membuktikan ukhwah yg telah terbentuk di antara saya dan fb friends saya yg berada di negara luar.
Muhamad Afdhal fb friend saya dari Jambi Indonesia yang pernah datang bertemu saya di Malaysia ketika dia pulang bercuti dari University Al Azhar Cairo
Kini setelah 5 tahun kenal, Afdhal sudah menjadi sebahagian drpd family saya, dia sudah jadi anak angkat saya...Di sebelah kiri foto saya dengan anak kandung saya dan foto kanan saya dgn Afdhal
Ahmad Suryadi dari Padang, Sumatera adalah kawan baik anak angkat saya Afdhal. Dia pernah ke rumah saya dan hingga kini dia masih berinteraksi dengan saya di fb
Ahmad Suryadi ketika makan di rumah saya
Saya bertemu Adinda Ahdaka dari Bandung Indonesia ketika saya bercuti ke Bandung. Seorang siswazah yg aktif...gadis yg sungguh santun dan berperibadi tinggi
ketika sama2 makan bersama Adinda dan anak2 saya. Adinda sudah seperti anak saya sendiri. Soon she will be coming to my daughter's wedding.
Ton Nu Tuong Vy dari Vietnam..kami bertemu ketika saya bercuti ke Ho Chi Mihn City Vietnam. Vy seorang gadis yg berkepimpinan tinggi kpd komuniti remaja di negaranya dan juga universal. Seorang siswazah yg sgt mempunyai leadership yg tinggi dan sgt intelligent.
Muhammad Laila Maghfurodhi dari Jakarta Indonesia. Seorang siswa yg masih menuntut di peringkat masters.Pernah datang ke rumah saya ketika menghadiri seminar Mahathir School of Peace di Kuala Lumpur
Maghfurodhi sedang serius berbincang dengan suami saya tentang isu semasa sambil menikmati keropok lekor
Kini sudah ramai fb friends saya sudi berkongsi luahan hati, pengalaman suka duka, perkongsian ilmu, meminta nasihat dan berbagai lagi dengan saya. Saya bersyukur kpd Allah atas kepercayaan yg mereka berikan kepada saya. Ini lah serba sedikit bantuan yg dapat saya berikan dalam memanfaatkan ukhwah melalui facebook ini.
Jadi sama2lah kita manfaatkan pertemuan antara kita dengan fb friends kita. jadikan pertemuan itu satu ukhwah yg memperluaskan silaturrahim dan perkongsian kebijaksanaan. Jadi, kalau kita add sesaorang, cubalah kita wujudkan ukhwah yang berharga dan berpanjangan...InsyaAllah, Allah mengasihi kita yang berbuat baik sesama manusia tanpa mengira bangsa, agama dan asal usul kita.
← Newer Post
Older Post →
|