Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Kembara bumi Maori..New Zealand Day 1-3



     Kia Ora!..begitulah sambutan bahasa Maori yg bermaksud Welcome atau Selamat Datang kpd kami. Rombongan bersama Poto Travel kali ini membawa saya dan anak ketiga saya Fazreen Nadhirah ke bumi kaum Maori.. North Island New Zealand. New Zealand sebuah negara yg jauh dan mengambil masa 10 jam tanpa transit untuk sampai.New Zealand memang isolated daripada continents dan tanah2 besar yg lain di dunia ini. Maka itu sebablah negaranya sangat menawan, sangat bersih, tak ada traffic jam yg menggila. Ianya sangat kaya dengan kehijauan bumi dan penduduk yg sangat ramah majoritinya.
       Satu yg menarik tentang NZ adalah kaum Maori sangat besar pengaruh nya. Orang putih adalah pendatang yg turut diberi sedikit kuasa. Itu sebab nama2 tempat banyak dalam bahasa Maori juga mereka ada stesyen television sendiri. New Zealand kini dalam proses ke arah negara tanpa rokok(No Smoking country).

Day 1...Auckland

     Trip ke New Zealand memang mahal sedikit. Tapi sebab utamanya saya nk ke New Zealand adalah kerana ingin melihat dan berada di lokasi penggambaran filem Lord of the Rings dan The Hobbits. Saya memang peminat filem2 ini. Saya kagum dengan kreativiti dalam fantasi filem2 itu.
Pesawat Mas bertolak dari KLIA jam 8.45 pagi waktu Malaysia dan landing di airport Auckland jam 10.45 malam waktu NZ. Ini adalah kerana waktu NZ adalah 4 jam ke depan. Sebaik sampai kami terus checkin Hotel Auckland City. Punggung yg dh berkematu dalam flight selama 10 jam itu..sgt bahagia dapat landing atas tilam empuk utk berehat. Ketika ini suhu di Auckland ialah antara 9-15 darjah celcius...agak sejukkk....

ketika sampai di airport Auckland yg cantik dan bersih

yg saya nampak hanya beribu2 hecter ladang biri2 dan lembu saja...babi tak de...

bumi New Zealand yg kaya dgn kehjauan yg menawan sepanjang perjalanan kami




Day 2...Waitamo..Rotorua

      Kami bertolak ke Rotorua tetapi singgah di Waitamo utk melawat Glow Worm Caves. Sebuah gua bersungai tetapi bumbung guanya dipenuhi ulat belampu mcm ala2 kelip2..tp ia tak berkelip...hanya mcm mentol2 kecil. Ketika menaiki perahu dalam gua ini semua org mesti senyap dan tak boleh ambil foto...sayang sekali....Tapi..Subhanallah...indah sgt...gua yg gelap ibarat malam yg di sinari ribuan bintang...begitulah keadaan dalam Glow Worm Caves...


ini aje foto sebaik bot kami keluar dari Glow Worm Caves...

Maori artwork..

 lunch at Big Apple

 stop by..foto2...

 dinner at Tandoori Palace..delicious Pakora...

Hotel Ibis Rotorua...bahagia dpt katil single king ala2 katil double...satu sorang...landing time!

Day 3...Rotorua

   singgah di Lakeland Queen ferry dock

hujannnn....

 architecture yg ala2 kat New Orleans pun ada







di kolam geyser panas berasap Rachel Springs

pilihanraya NZ yg semakin hampir...

       Kami menuju ke Rainbow Springs taman simpanan pokok2 Redwoods yg berusia beribu tahun serta sanctuary burung2 Kiwi. Burung kiwi adalah spesis yg bakal pupus. Ianya burung yg tidak terbang. Di rainbow Springs juga terdapat air2 bukit yg sangat bersih.

 you're 4 thousand years old...hmmm

 doesn't look like cabbage at all..hehe

 ikan trout pun ada sanctuary

 can you see the lizards?...camouflage!

 pure spring water

 drink as much as you like...




Kiwi bird

          Selepas Rainbow Springs kami ke Agrodome Sheep Show. Di sinilah baru saya tahu ada berpuluh jenis kambing biri2 di NZ ni...mcm2 rupa. Kami ditunjukkan cara mengetam bulu biri2 dan lain2. 



 Merino sheep the king of all sheep

 sheep beauty pageant...

 shaving time!

 menyusu baby lambs


ini Mike our coach driver punya..kalau picit perut siap mengembek..cute sangat...

         Selepas lunch kami terus ke Te Puia tempat geyser yg lagi besar serta perkampungan kebudayaan kaum Maori.

 kami diberitahu bahawa kaum Maori belajar drpd Malaysia cara menggunakan sejenis daun ala2 mengkuang utk dijadikan berbagai hasil kraf seni




 ukiran totem pole Maori dr sebatang pokok yg besar


foto chief2 Maori zaman dulu...yg depan tu bukan ya...

 geyser! yoohoo!...panas berasap...

 dibahagian bawah pula adalah lumpur yg sedang mengelegak..bup!..bup! Kalu berani terjun lah..hehe


 persembahan tarian Maori..dia orang nyanyi tak payah pakai mic..power suara..

 aksi lucu tourists menari Maori...

 sebelum pulang utk dinner dan tidor di Ibis Hotel Rotorua..singgah satu lagi redwoods...cantik sangat tempat ni...


0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post