Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Jangan salah pilih....



     Assalamualaikum and may Allah shower our lives with his blessings...

            Perkahwinan adalah satu ibadah. Tua, muda, dara, teruna, duda dan janda berhak utk mencari pasangan hidup. Semua orang ingin bahagia. Namun kadangkala sebagai manusia yg lemah, kita lupa yg sesuatu perkahwinan itu bukan sekadar kebahagiaan pasangan pengantin sahaja. Perkahwinan hendaklah juga membahagiakan orang2 yg kita sayangi dan orang yg menyayangi kita. Cinta mampu membutakan hati...ini yang harus kita berhati2.

              Saya ada satu kisah benar yg ingin saya kongsikan bersama bakal2 pengantin. Jadikan kisah ini ikhtibar dan panduan kpd yg bakal berkahwin. Kisah ini terjadi dalam family saya sendiri. Begini kisahnya...

              Ada seorang duda muda bernama Amran(bukan nama sebenar) yang kematian isteri bernama Asmah(bukan nama sebenar) kerana penyakit. Dia mempunyai dua orang anak yg masih kecil. Semasa mereka bahagia mereka tinggal bersama dgn ibu bapa isterinya. Apabila isterinya disahkan sakit kanser Amran sangat sedih dan kecewa. dalam tempoh beberapa minggu, isterinya meninggal. Amran sangat cintakan isterinya dan sgt sayangkan mertuanya.Walaupun isterinya telah meninggal Amran dan anak2nya terus duduk dengan mertuanya walaupun ibu bapanya masih ada.
              Setelah menduda sekian lama ia itu 4 tahun, ibu mertuanya menyuruh Amran berkahwin kerana Amran masih muda dan anak2 perlukan kasih sayang seorang ibu. Maka Amran pun berkenalan dengan beberapa wanita utk dijadikan isteri. Semua yg di temuinya semua ditolak oleh Amran. Hinggalah dia bertemu dengan seorang anak dara bernama Shida(bukan nama sebenar) yang ayu dan baik hati. Hati Amran terpaut kerana sebab utamanya adalah wanita ini selalu bertanya tentang anak2nya. Pertemuan selanjutnya anak2 pula sudah mula bermanja dengan Shida dan Shida tidak kekok menyalin pampers, mendukung dan menyusukan anak Amran. Amran cakap...semua wanita yg dia temui selama ini hanya bertanya tentang dirinya saja...tidak minat bertanya tentang orang2 yg dia sayangi seperti anak2nya, ibu bapanya dan bekas mertuanya. Itu yg membuat dia menolak semua wanita itu. Kata Amran, kalau dia berkahwin, isterinya mesti turut sayang orang2 yg dia sayangi. Tapi wanita2 terdahulu tidak sedikitpun menunjuk minat kepada orang2 yg dia sayang...maka bye! bye! lah....
               Amran dan Shidah berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa arwah Asmah. Mereka amat menyayanginya seperti anak sendiri...maklumlah arwah Asmah adalah anak tunggal perempuan mereka. Setelah mempunyai seorang anak, mereka berpindah ke rumah sendiri. Kini hubungan kekeluargaan bekas mertua Amran, Shida dan saudara mara dua belah pihak sangat akrab ..dan kini sudah 9 tahun mereka hidup aman bahagia. Sekian...

                Konklusi kisah ini mengingatkan kita...kalau ingin mencari jodoh, pertama sekali 'TEST' pasangan anda. Kalau dia tidak bertanya atau berminat ingin mewujudkan silaturrahim dgn orang2 yg kita sayangi, beerti perjalanan ke arah kebahagiaan itu pasti sukar kerana perkahwinan bukan utk pasangan pengantin sahaja tetapi utk kesemua yang disayangi dan yg menyayangi....

Terima kasih kerana sudi membaca...fikir2kan lah....



@Jika cinta tetap buta...yg menyayangi dan disayangi perlulah berundur...beri laluan kepada pilihan hati....

         
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post