Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

22 tahun bersama Apak ku...


     Semasa Apak ku Mohamad Ali bin Hj. Bador meninggal dunia pada 26 Februari 1980 , saya berusia 22 tahun. Kalau dikira jumlah tahun yg saya benar2 mengenali dia hanyalah 17 tahun mungkin...tolak usia bawah 5 tahun yg logiknya banyak perkara yg saya tidak ingat di usia begitu mentah. Saya cuba mengumpul seberapa banyak kenangan manis saya bersamanya selama 17 tahun itu. Catatan ini adalah sebahagian drpd kenangan2 itu.

Hj Bador bin Menuang Karim (Tokki saya)

Siwok Dinar bt Salleh(Tok saya)

foto lama Apak dan emak saya ketika muda...

Apak seorang disiplinarian...

     Apak saya di lahirkan pd tahun 1923 kata ICnya...maklumlah zaman dulu. Dia seorang ayah yang tegas dari segi mendidik anak2 namun ketegsannya diselimuti kasih sayang yg amat kuat . Semasa kami di bangku sekolah lg dia mendidik kami supaya makan bersama2nya bila tiba waktu makan. Tidak ada seorang pun anak2nya yg berani skip the meal with or without excuses! Emak mengajar kami setting meja makan dgn sempurna sb apak sgt menitikberatkan perfection. Pinggan gelas perlu beralas. Jag air dan mangkuk air basuh tangan mesti dekat dengannya. Last but not least, semua anak2 yg ada di rumah mesti duduk sama2 makan dengannya.
         Pada hari2 sekolah, selepas dinner aje, kami terus ke meja study...no tv...tv hanya pada weekends sj.
Kalau kami dimarahi oleh guru, atau kami ingin meminta sesuatu, semuanya melalui emak. Nak kata garang sangat Apak ni..tak lah juga ..tp mungkin ketegasan dia yg membuat kami takut sikit tapi hormat lebih.
         Apak sangat suka memasak. Bila dia masuk dapur aje nk tolong mak masak...semua anak2 perempuannya masuk ke dapur. Sorang pun tak berani nak duduk dlm bilik atau relax2. Semua tau tugas masing2. Tu sebab lah anak2 perempuannya semua pandai memasak..ooppss...masuk bakul pulak..hehe

Apak dlm pasukan scout sekolah..tu sebab dia suka masak

bersama rakannya Sultan Azlan Shah

Apak selaku naib pengerusi pasukan kriket Pahang bersama Sultan Ahmad Shah

semasa jamuan di rumah Almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin

enjoying chinese style dinner di istana sultan selangor

bersama rakan2nya

Apak seorang yg knowledgeable...
        Ketika di meja makan apak suka beri kami soalan kuiz. Dia suka tanya kami nama menteri2 Malaysia dan potfolio yg mereka pegang. Sehingga kami semua hafal nama menteri2 di ketika itu. Bayangkan...kami darjah 3 atau 4 sudah boleh hafal nama semua menteri!..hahaha. Dia suka bercerita tentang negara2 di dunia namun dia hanya pernah sampai ke Bangkok, Cairo, Vietnam dan lain2.Dia pergi kerana membawa pasukan bola, hoki dan kriket. Dia pernah bercerita tentang Spain. Semasa tu saya baru darjah 3. Ceritanya tentang Spain membuat saya membuak2 keinginan hendak ke sana.  Masa tu saya bukak atlas dan terfikir..Ya Allah...jauhnya Spain...boleh ke saya pegi Spain? Ingat murah ke nak ke sana? Kini saya sudah sampai Spain. Terima kasih Apak ku kerana telah membuka mataku utk melihat dunia.

bersama patung matador berhampiran bull ring di Madrid

di dalam perkarangan Le Alhambra Andalusia Granada Spain
Apak...Ni dah sampai Spain...after 46 years you keep telling me about Spain 

    Apak seorang yg suka ilmu..suka membaca..ini di antara buku2 lamanya yg skrg dalam simpanan library rumah saya

Apak yang penyayang...
     Apak mengajar kami adik beradik berkongsi apa sahaja. Apak sangat suka membeli makanan utk kami. Pernah dia membeli beberapa bijik buah apple. Sebijik apple dipotong 6 atau 8. Kami sudah terdidik dan biasa dgn keadaan ini. Kalau budak2 skrg digonggong sebijik sorang apple. Pastu bila tak habis, buang aje. Satu malam tu dia pulang dari KL membawa satay. Kami semua dah tidur awal sebab esok nak sekolah. Dia suruh juga emak kejutkan kami. Semua anak2 yg ada bangun dalam keterpaksaan demi hormat kepada seorang ayah. Berbaris kami duduk di meja makan dengan muka separuh tidor. Sambil melepek2 kami makan jugak. Adik saya dan saya terlelap di meja dgn lidi satay masih di dalam mulut! Apak senyum aje lihat gelagat kami.
      Dia sangat suka bawa kami terutama kami bertiga... kakak saya Ainun , saya dan adik saya Izam pergi tengok wayang atau tengok funfair. Kami akan mengekor aje dia,,tak berani nak pandang2 boys pun..hehe
     Apak suka mintak kami garukan belakangnya, cabutkan ubannya...hmmm....tu lah kenangan yg sentiasa mengusik jiwa saya. Hingga hari ini saya masih ingat suara dan bau badannya.

keratan akhbar New Straits Times berita kembali ke rahmatullah nya Apak ku....

   Al-Fatihah buat Apakku yg tersayang...walaupun sudah 34 tahun apak meninggalkan kami, kasih sayang dan doa kami kepadamu terus subur mewangi...
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post