Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

6 Peringkat Teman


           Saya tertarik dgn buku Langit Vanilla tulisan Wani Ardy. Buku ini mengandungi himpunan puisi, prosa dan catatan peribadi. Di sini saya ingin berkongsi sesuatu realiti dari buku ini ia itu tentang 6 peringkat teman. Setelah membaca dapatlah kita membaca perkembangan aliran teman2 kita membungakan persahabatan. Mungkin juga ada teman2 kita teberhenti di peringkat tertentu. Yang pasti ini juga turut membantu kita mengenali siapa diri kita kpd teman2 kita.

Peringkat 1:
  • Teman yg sekadar tau nama dan rupa kita..itu saja
  • Selalu nampak molek sebab cakap berlapik
  • Berbual perkara positif atau isu ringan yg membuah senyum dan gelak
Peringkat 2:
  • Sepanjang meluang masa bersama dan berkongsi pelbagai cerita, kelakuan dan pemikiran masing2 akan terserlah
  • Ketidaksamaan tersingkap
Peringkat 3:
  • Teman buat keputusan(secara sedar atau tidak) samaada mau rapat atau jadi teman biasa
  • Teman biasa adalah sesekali bertemu, jadi kurang peluang bertemu cela..kekal indah..kurang rumit
  • Teman biasa habis di peringkat ini..Peringkat selamat.
  • Teman rapat lanjut ke peringkat seterusnya. Luang lebih masa bersama
Peringkat 4:
  • Teman rapat dlm proses membiasakan diri dgn kelakuan dan pemikiran kita
  • Kalau pun dia tdk setuju, dia tdk meninggalkan. Samada dia tempelak atau dia tegur atau dia diam
  • Diam ada 2 jenis...Diam dan lama2 borak belakang atau diam dan lama2 matang utk berfikir.."ah..semua orang ada buruk atau ah...semua orang lain2.." Cuba menghargai..
Peringkat 5:
  • Setelah melalui fasa susah senang, timbul rasa ambil berat dan belas kasihan
  • Yang paling payah, sudut diri kita yg paling bodoh akan terdedah. Waktu ini teman yg rapat akan cuba cari persamaan dan tumpu pada kebaikkan kita
  • Jika sayangnya banyak, dia akan jumpa. Jika sayangnya sedikit, dia tak kan jumpa
  • Dia akan paling celik akan keburukkan kita, pada perbezaan di antara dan (secara sedar atau tidak) mula menimbal samaada mahu menjauh atau tidak
  • Di peringkat ini kalau kita ditinggalkan teman rapat, hampanya setanding putus cinta
  • Ini bukan soal siapa baik siapa jahat. Ini soal pilihan. Jika kita tdk dipilih, bukan bermaksud dia tak bagus atau kita tak bagus. Ia bererti kita emas bagi orang lain.
Peringkat 6:
  • Tinggalah teman yang sebenar. 
  • Teman yang sebati dengan kita
  • Terima kita, peluk kita tanpa banyak soal
  • Matanya sudah menjangkau cacat kita
  • Melihat kita sebagai kita. TITIK.
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post