Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

The secret of giving

Observe ...and learn from your observation
Learn ...and do what you have learnt 
Do...and savour the price of your deed

     Amatilah...dan belajarlah daripada pengamatan itu
     Belajarlah...dan buatlah apa yang dipelajari
     Buatlah....dan rasailah kemanisan perbuatan kamu

     Saya selalu mengamati secara mendalam tindakan manusia di sekeliling saya.
     Satu perkara yang saya amati ialah sifat
     BERSEDEKAH

Bersedekahlah seberapa banyak harta dan wang ringgit kamu kepada yg memerlukan...
Bersedekahlah seberapa banyak nasihat dan ilmu yang kamu ada kpd yang menginginkan...
Bersedekahlah seberapa banyak doa kepada ibu bapa, keluarga dan kaum muslimin...
Bersedekahlah seberapa banyak kasih sayang kepada anak2 yang memerlukan...
Bersedekahlah kasih sayang, perhatian dan penjagaan kpd ibu bapa kamu...
Bersedekahlah seberapa banyak senyuman sebagai penawar duka...

Saya dah melihat golongan yang tidak pernah bersedekah kpd anak2 kecil semasa hari raya...
Saya dah melihat golongan yang sentiasa bimbang dan lidahnya menyebut duitnya tak cukup...
Saya dah melihat golongan yang sentiasa tangannya hanya mengambil tapi tdk pernah memberi...
Saya dah melihat golongan yg sentiasa dengki dan iri pada rezeki orang lain....
Saya dah melihat golongan yg terlalu taksub dan sayangkan harta dunia....
Mereka ini gelap mukanya, bengis parasnya, kesat kata2nya, resah gelisah hidupnya...dan sempit sentiasa pintu rezekinya...
Ingatlah..
Harta benda dan wang ringgit yg ada pada kita bukan milik kita...
Harta benda dan wang ringgit yg milik kita adalah yg kita sedekahkan...


Saya sebagai insan Allah SWT yg sangat daif dan kerdil sudah merasai nikmat bersedekah...
Syukur kepada Allah yang mengizinkan saya menikmati kemanisan bersedekah....



@The more you give....the more you get...have no fear...for everything is in the hands of Allah SWT


0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post