Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Honesty itu Kejujuran



Honesty
Is such a lovely word
Everyone is so untrue....


          Honesty atau Kejujuran....bagi saya adalah satu tindakan yg open ..yg terbuka... hanya utk orang yang berani sahaja. Amat sukar utk kita bersikap jujur terutamanya dengan orang yg rapat dengan kita. Suami tidak jujur dgn isteri, murid tidak jujur dgn guru, anak tidak jujur dgn ibu bapa, sahabat tidak jujur dgn sahabat....
         
           Percayakah anda bahawa seorang ibu boleh bersikap tidak jujur dengan anaknya. Kisah ini saya rasa ramai di antara kita sudah terbaca di mana2. Seorang ibu yang miskin ketika menyediakan makanan untuk anak2nya mendapati makanan terlalu sedikit, hanya sekadar dapat mengalas perut anak2nya. maka utk memberi kepuasan kepada anak2nya, dia memberi alasan menyatakan yg dia sudah makan, dia tidak lapar, dia dah kenyang dan berbagai lagi alasan nya...sebenarnya dia sangat lapar. Inilah satu ketidakjujuran seorang ibu kepada anaknya demi kasih dan sayangnya.

          Pernahkah anda tidak jujur dengan kawan baik anda? Mesti ada punya...Kadangkala kita rasa ada yg tak kena dilakukan oleh kawan kita. Nak ditegur bimbang dia berasa hati, so..kita mengiyakan saja apa keburukkan yg dia buat. Ini satu ketidakjujuran yg selalu kita lakukan kpd kawan baik kita. Ada juga kawan baik kita melakukan sesuatu perkara secara rahsia di belakang kita sedangkan dia sepatutnya jujur dgn kita, berkongsi ceritanya dgn kita. atau adakah mungkin dia terpaksa tidak jujur dengan kita kerana dia risau perbuatannya itu mungkin akan menimbulkan reaksi yg negatif?

          Kejujuran kalau tidak dipraktikkan boleh menyebabkan banyak hati yg terluka...namun kalau dipraktikkan juga boleh menyebabkan banyak hati yg terluka...

          Saya percaya biarlah kita honest, biarlah kita jujur,,,,hati yg terluka di atas dasar kejujuran adalah jauh lebih baik daripada hati yg terluka di atas dasar pembohongan....Wallahua'lam



@Be true to your friends...especially your best friend

0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post