The owner
Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.
Old Entries Credits Basecode by Atin Tory . Thanks too by L O V E.
| Kembara haji ke rumahMu.... Pada Mei tahun 2011 saya dan suami mengerjakan ibadah umrah. Pada Oktober tahun yg sama ia itu 4 bulan kemudian kami sekali lagi ke tanah suci utk mengerjakan ibadah haji pula. Kembara haji kami hampir sama macam ibadah umrah tetapi ditambah lagi dengan ibadah lain seperti wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan melontar di Mina. Salah satu tempat yg kami lawati semasa di sana yg sangat memberi kesan kpd jiwa saya ialah Bukit Uhud. Sejarah peperangan Uhud telah mengorbankan nyawa bapa saudara Rasullallah ia itu Saidina Hamzah atau Lion of the Desert.
inilah kubur Saidina Hamzah di Bukit Uhud
perkuburan Baqi' di Madinah yg menginsafkan...lubang lahat tersedia utk memudahkan mengebumikan jenazah
di khemah di Arafah ketika wukuf di Arafah..masih ku ingat doa Arafah yg sangat meruntun perasaan hingga saya menangis terisak2 semasa mengaminkannya...
inilah keadaan dalam khemah di Mina pada 4 hari melontar
terowong Mina laluan jemaah selama 4 hari...jarak dari khemah kami ke tempat melontar ialah 3 kilometer dan balik juga 3 kilometer...Alhamdulillah, saya dapat melakukannya walaupun baru setahun setengah melakukan pembedahan di lutut kanan
saya berasa seronok pulak melihat deretan bendera Malaysia berselang seli dengan bendera Indonesia sepanjang jalan masuk terowong. bila saya tanya kenapa ada bendera tu? Jawapannya, Saudi memang sangat sayang jemaah Malaysia dan Indonesia atas beberapa sebab.
inilah tempat melontar yg sangat luas, selesa, tidak berasak2...sudah banyak sangat beza dengan keadaan dulu
tidor 1/3 daripada malam di Muzdalifah sambil mengutip batu kecil buat bekalan utk melontar di Mina. Kawasan ini adalah bekas tapak pemeliharaan unta2.
Syukur Alhamdulillah...sempurna sudah ibadah haji kami. kesihatan kami baik sepanjang ibadah ini hanya saya batuk agak serius dalam seminggu dan suami pulak demam sehari dua.
mencuri sedikit waktu membeli belah buat buah tangan dan kenangan utk dibawa pulang...
sebelum menaikki pesawat utk pulang ke tanah air tercinta...Malaysia
@Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
0 SAY SOMETHING ← Newer Post
Older Post →
|