Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Afsyakirin yg sangat istimewa...

Keluhuran budi seorang OKU..
.

           Pada hari semalam 17 Mei saya dalam perjalanan ke rumah anak saya di KL utk menghadiri konvokesyen anak ketiga saya Nadhirah di UiTM Shah Alam. Konvonya adalah pada hari ini 18 Mei bersamaan birthdaynya. Kami berhenti di Giant hypermart utk membeli sedikit barang dan sebijik kek birthday utknya. Selepas membeli barang, kami ke sebuah kedai kek. Setelah memilih kek black forest, saya ke kaunter bayaran dgn anak saya Ina yg membawa roti. Di depan saya ada seorang wanita tua dan belakang saya seorang wanita muda. Kami beratur utk membayar. Suami saya menunggu di luar kedai.

          Lama pulaklah makcik ni nak bayar kek & roti. Patutlah lama, pakai kredit kad rupanya...roti & kek  RM58 ringgit pun nak pakai kredit kad. Oh whatever! Tiba2 saya terdengar suara berkata.
       " Bagi saya bayar dulu boleh?"
         Bila saya toleh saya lihat seorang anak muda dalam 19 atau 20 tahun usianya, berbadan gempal sedikit memegang 3 botol kecil air mineral sejuk. Dia seorang OKU. Kedua2 tangannya membengkok ke dalam. Dia tidak memakai kasut sebab kedua2 kakinya membengkok ke dalam juga. Kepalanya dicukur hampir botak yg menampakkan jelas parut pembedahan yang sangat panjang. Mulut saya secara automatis menjawab,
        "Okay, silakan..tak pe, tak pe".
         Dia senyum mesra kpd saya. Makcik yg depan saya tadi masih belum selesai membayar. Kami dah lenguh berdiri apatah lagi adik OKU tu. Nampak dia resah kepenatan. Tiba2 dia berlutut atas lantai bakery tu. Dia mengeluh keletihan. Selepas tu dia terkial2 cuba bangun semula.

           Sementara cashier yg sorang tu melayan makcik tadi,  yg sorang lagi menulis nama anak saya pada kek birthday tadi. Adik OKU tu menoleh kepada saya dan dengan sedikit telo dan kebudak2an berkata,
        " Makcik beli kek birthday utk siapa?"
        " Untuk anak makcik,"
        " Berapa umur anak makcik?"
        "24 tahun"
        " Oo...dah 24 tahun pun sambut birthday lagi" dia tersenyum mesra.
         Kami pun senyum rasa geli hati pulak. Pandai adik ni bergurau. Tiba2 saya lihat dia beria2 mengorek walletnya. Saya nampak hanya ada beberapa ringgit sj dalam walletnya. Terus dia mengeluarkan duit RM1 yg masih baru. Dia hulurkan duit itu kpd saya dan berkata,
         "Makcik, beri duit ni kpd anak makcik ya...ni hadiah birthday utk dia drpd saya."
          Saya tergamam. Dengan perlahan saya mengambil pemberiannya dengan perasaan terharu. Saya  pun bertanya akan namanya. Namanya Afsyakirin. Mungkin disebabkan dia perasan cara saya melihatnya dengan perasaan terharu terus dia berkata yg masa dia 9 tahun dia kena kanser otak. Dia menjalani pembedahan lalu menujukkan parut di kepalanya. Hati saya rasa sepatutnya saya yg memberinya duit tapi saya terfikir, kalau saya berinya duit, dia mungkin akan merasa rendah diri.

           Setelah dia membayar, cashier itu memulangkan 50 sen baki duit kpdnya. Sekali lagi dia toleh ke saya dan berkata,
            "Makcik, ini ada lagi 50 sen, tolong beri anak makcik 50 sen ni, ni saya belanja...hadiah dari saya"
           Saya terima duit 50 sen itu dengan perasaan sebak. Saya ucap terima kasih kpdnya. Dia jawab "Sama2 kasih" dengan penuh ceria. Melihat adik Afsyakirin, teringat saya akan watak Saheizy Sam dalam filem Sekali  Lagi. Walaupun pemberian RM1.50 itu nilainya sangat kecil tapi keluhuran hati adik Afsyakirin sangatlah besar bagiku.
          Setelah membayar, dia pusing dan nampak suami saya yang berdiri dekat .Dia menegur,
          "Assalamualaikum Pakcik" sambil menghulur tangannya. Suami saya menjawab salamnya sambil mengusap tangannya sebab tak mampu bersalam seperti normal.  Dia bercakap mesra dengan suami saya selepas tu dia minta izin utk pergi. Setelah dia pergi, saya baru perasan yg saya masih menggenggam duit RM1.50 pemberiannya tadi dan air mata saya berlinangan. Bila saya toleh ke arah anak saya Ina, rupa2nya dia sedang mengesat airmatanya. Saya memang sangat terharu dan tergamam seketika sebab saya tak pernah mengalami perkara sebegini. Sebenarnya Allah nak menguji saya...saya tahu. Sehingga hari ini anak saya masih menyimpan duit RM1.50 pemberian Afsyakirin di dalam pursenya.

             Sungguh luhur budimu wahai adik Afsyakirin. Semoga Allah sentiasa memelihara kamu dan membalas budi luhurmu yg sangat murni, ikhlas dan halus itu...amin





'We can learn many things from disabled children, How much gratitude you have, for instance'
'Banyak yg boleh kita pelajari daripada anak2 kurang upaya. Contohnya, berapa banyakkah kita bersyukur'

setelah 2 tahun saya menulis tentang Afsyakirin, hari ni rezeki saya dapat fotonya ..ada org upload fotonya di fb..rupa2nya dia memang anak OKU yg sangat disenangi ramai

@Allah menghantar kpd kita berbagai jenis manusia yang kekurangan utk menguji kita...kadangkala yg kurang itulah yang sangat tinggi tempatnya di sisi Allah SWT...
       
    .
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post