The owner
Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.
Old Entries Credits Basecode by Atin Tory . Thanks too by L O V E.
| Sahabat Sejati....Zainab forever True friends are those who accepted your flaws & weaknesses...
Sahabat sejati...
Sukar dicari....
Susah diganti...
Sentiasa di hati...
Membawa ke mati...
Dalam usiaku yg menginjak 55 tahun ini, saya telah melalui berbagai pengalaman pahit manis dalam mengenali di antara ramai ,siapa sebenarnya kawan sejati. Sejak di usia kecil lagi saya mempunyai ramai kawan. Dalam proses berkawan itu saya mencari tanpa niat tentang 2 perbezaan ini. Adakah kawan itu sahabat? Dan adakah sahabat itu sahabat sejati? Saya memang mempunyai ramai kawan. Saya juga mempunyai beberapa orang sahabat. Tapi sahabat sejati? Hanya saya dan Allah yg tahu...
0 SAY SOMETHING Saya pernah mempunyai seorang kawan ketika saya di standard 4. Dia seorang gadis cina yg sangat baik & cantik. Dia sangat rapat dgn saya. Selalu meminjamkan duit bila saya tertinggal duit belanja sekolah. Selalu ajarkan saya Mathematics subjek yg mmg saya lemah sedikit. Saya sangat sayangkan dia. Tapi kami terpaksa berpisah kerana dia bertukar ke sekolah lain. Hingga sekarang saya masih cuba mencarinya melalui fb dan sebagainya. Bagaimanakah saya boleh berperasaan begini kpdnya? Kerana dia mempunyai ciri seorang sahabat. Ciri itulah yg membuat saya teringat akannya walaupun sudah 45 tahun berlalu. Dialah SAHABAT saya yg pertama. My dear Hoh Pau Lin,...until this day,I'm still looking for you..
foto saya di sebelah kiri dan Ho Pau Lin di sebelah kanan...
1974...4 best friends
from left Khadijah, Sofiah, Junaini & me
2011...3 of 4 best friends
from left Khadijah, Datin Seri Junaini & me...too bad ..Sofiah is not in the pic
me & my best friend Zainab in 1978
Bila saya menjadi guru di sekolah pertama saya, saya mendapat seorang kawan yg akhirnya menjadi seorang sahabat. Saya anggap dia sebagai kakak saya & she was my very best friend. saya sangat sayang dia. Makan minum sudah tidak menjadi hal di antara kami. Tapi sayangnya, walaupun sahabat, rupanya dia telah menikam saya dari belakang. Intipati ceritanya sangat panjang. Cemburu menjadi punca.Inilah sesuatu yg amat memilukan...Akhirnya, ikatan persahabatan kami terlerai....Kenapa saya mengenanginya? Kerana dia telah menodai & tidak menghargai kemanisan sebuah persahabatan. Setelah sekian lama saya sudah memaafkan dia sehinggalah 2 tahun yg lepas saya mendapat berita yg dia telah meninggal dunia...Al Fatihah... Semenjak pengalaman back stabbing oleh seorang sahabat, saya sangat serik utk mempunyai best friend. Bila saya berpindah tempat kerja di kampung saya, saya hanya ada kawan2 sahaja...sahabat atau sahabat sejati sudah tidak ada lagi. Namun sesekali saya masih berhubung dengan Zainab Wahab sahabat saya masa di kolej. Pada tahun 1981 dia datang ke wedding saya. Dan pada tahun 1982 ketika saya dalam penghujung pantang lahirkan anak sulong, saya kuatkan diri ke wedding dia pulak. Zainab seeorang yg jovial, always young at heart, down to earth, sayang kawan..sedikit pun tidak berubah. Pada tahun 1993 setelah 11tahun tidak bertemu, saya tidor di rumahnya. Sepanjang malam kami tidak tidor. Kami bercerita tentang kisah kenangan kami di kolej. Masa terus berlalu, pernah bertahun2 saya lost contact dgn Zainab, tp dengan kehendak Allah, kami dapat berhubung melalui telefon. Kami bertemu semula pada tahun 2007 ketika wedding anak sulong saya. Tahun 2010 saya pulak ke wedding anaknya walaupun masih dalam kesakitan selepas surgery lutut. Pada Oktober 2010 dia datang pulak ke wedding anak perempuan saya. kami terus berkongsi berbagai cerita suka duka memalui facebook dan telefon. Dan dgn izin Allah, tanpa dirancang, kami bertemu di kota suci Madinah & Makah semasa umrah pada tahun 2011. Ikatan persahabatan kami terus berbunga dan mengharum hingga ke hari ini. Inilah yang di kategorikan sebagai SAHABAT SEJATI. Selama 35 tahun kami berjaya mengekalkan ikatan persahabatan ini atas dasar percaya, hormat, sayang, ikhlas dan jujur.
semasa makan nasi mandy...hehe best sangat!
pertemuan suci sepasang sahabat sejati yg tidak dirancang semasa umrah...di Masjid Nabawi Madinah....
from 1978 till now.....35 years of friendship
@Izinkan masa menentukan sama ada seorang kawan boleh menjadi kawan baik, sahabat atau sahabat sejati.....
← Newer Post
Older Post →
|