The owner
Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.
Old Entries Credits Basecode by Atin Tory . Thanks too by L O V E.
| Air Tangan Suami... Lempeng Nyior Disaster 1989.
Semasa saya mengandungkan semua anak2 saya, saya tidak pernah mengidam ingin makan makanan yg pelik2 atau yg sukar didapati. Saya makan apa2 saja yg enak dan mudah didapati. Tapi yg anehnya suami saya yg banyak mengidam. Ketika mengandungkn anak kedua dia suka makan buah pauh. Balik aje dari solat subuh di surau, terus dia mengait buah pauh muda belakang rumah sewa kami di Seberang Takir, Terengganu. Bila saya mengandungkan anak ketiga saya Fazreen Nadhirah, dia membuat berbotol2 jeruk pauh yg terdapat pokoknya di belakang rumah mak.
Satu hari di bulan ramadhan, suami saya mengidam sangat nak makan lempeng nyior seperti arwah neneknya pernah buat. Mula2nya dia minta saya buat. Bila saya cakap saya tak pandai nak buat, terus dia offer diri nak buat. Senang aje..katanya...Saya pun duduk memerhati dia mengadun lempeng tu. Lagak gayanya mcm chef. Tepung, air, garam, kelapa telah dibancuh. Kuali pun sudah panas.Dia pun mula melempeng! Tapi saya lihat lain mcm aje lempengnya...mcm keras sikit. Saya menegur supaya dia menambah sedikit air, tapi dia ckp dah ok dah tu.
Suami pun menyenduk sesenduk bancuhan lempeng td ke dalam kuali. Nampak gayanya macam tebal sikit lempengnya tu. Tapi saya tak berani nak banyak2 komen. Dahlah saya tak menolong, banyak songeh pulak nanti dia kata. Dengan penuh confidentnya dia pun cuba membalikkan lempengnya. Tiba2 lempengnya itu terpelanting ke belakang dapur gas! BELENTUNG!!..begitulah kuatnya bunyinya.Itulah gambarannya betapa kerasnya lempeng nyior encik hubbyku buat. Dia terkiyal2 cuba mengambil lempeng yang dah tergolek belakang dapur gas tu. Saya tergelak sampai berair2 mata. Senak perut memboyotku. Tanpa perasaan putus asa,suamiku terus melempeng dengan bangga & yakinnya hingga habis bancuhan lempeng.
Waktu berbuka pun tiba. Saya dah berair2 mata menahan gelak melihat setimbun lempeng nyiur atas meja makan. Emak juga menahan gelaknya. Suami melawa ala2 memaksa emak & saya memakan lempeng nyiornya...tapi kami memang tak berdaya....Pada keesokkan harinya, berkiok2 kegembiraan ayam2 mak kat belakang rumah dapat sarapan pagi yang special...Lempeng Nyior Hubbyku....
@Hargailah percubaan & pengorbanan suami, walaupun memang kita tidak berdaya nak menelan masakannya...hehehe
0 SAY SOMETHING ← Newer Post
Older Post →
|