Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.


Old Entries



Credits

Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Tangier, Morocco > Tariffa, Spain> Gibraltar>Torremolinos Spain

Tangier...kota pelabuhan Morocco

          Setalah 2 malam di Fez kami bertolak ke Tangier kota pelabuhan Morocco. Perjalanan Tangier ke Fez amatlah jauh. Sepatutnya kami sampai dalam masa 6 hingga 7 jam tetap disebabkan jalan detour kami terpaksa ikut jalan kedua. Rupa2nya Abdullah driver coaster kami tersesat jalan. Jalan yg kami lalui sgt sempit dan berlubang2 selain itu tiada kenderaan utama yg seiring atau berselisih dgn kami. Perjalanan terasa teramat lama. Akhirnya kami sampai ke destinasi. Mr Jamaluddin dan Abdullah memohon maaf atas kesilapan mereka.



           Di Tangier kami makanan laut dan salad. Saya pertama kali makan anchovies yg besar2 direndam dalam cuka & minyak olive...tersangat sedap rasanya! Setelah melawat kota lama dan bersolat kami pun bergerak ke hotel. Inilah malam terakhir kami di Morocco. Pada awal pagi esoknya kami ke pelabuhan Tangier. Kami akan menaiki cruise utk menyeberangi Straits of Gibraltar utk ke Tariffa  Spain. Kami mengucapkan selamat tinggal kpd Mr Jamaluddin. Dia memberi saya sekeping tulisan khat sebagai kenangan. Seterusnya kami ditemani Miss Helena untuk ke Spain.


Tariffa ...kota pelabuhan Spain > Gibraltar


          Setelah 1 jam perjalanan dalam cruise yg sgt selesa itu, kami pun tiba di Tariffa Spain.Sebuah bas besar yg boleh memuatkan 40 orang  membawa kami seramai 14 org . Alangkah selesanya...Kami teruskan perjalanan ke Gibraltar satu province yg di perintah oleh kerajaan British. Ia dikenali sebagai The Craddle of History. Filem The Rock lakonan Sean Connery difilemkan disini. The Rock adalah gelaran bagi Gibraltar kerana ianya sebenar adalah sebuah batu bukit yg sangat besar hingga boleh dibina rumah, bangunan dan juga masjid di atasnya. Gibraltar terkenal dgn monyet2 tanpa ekor yg berkeliaran di kawasan hutan di situ sejak berzaman lagi. Kami juga memasukki gua batu kapur st Micheal's cave.



pemandangan menaikki the rock Gibraltar

berhenti solat di masjid

masjid di puncak the rock


St Micheals cave...ada dewan dan pentas utk persembahan orkestra

spesis monyet tanpa ekor yang hanya terdapat di Gibraltar sejak beratus tahun yg lalu

identiti penjajahan British..the red phone booth


Gibraltar > Torremolinos

          Setelah hampir maghrib kami memasukki kota Torremolinos. Inilah kota yg paling baik town planningnya, tersusun kemas, indah serta sangat bersih. Kami bermalam di Hotel Melia.

0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post