Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.


Old Entries



Credits

Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Ibu...

 IBU... 


  • Di ketika  dan saat manakah Ibu kamu menjadi keutamaan dalam hidup kamu? 

          Setiap kali bila terlihat, terdengar dan tersebut perkataan ibu...saya terus terkenangkan emak...emak saya...arwah emak saya Hajjah Wok Jamilah binti Yunus...Saya rasa  sangat bertuah kerana dapat mengenali dan mengasihi ibu saya sejak saya mengerti menyayangi dan disayanginya, ia itu sejak saya dilahirkan ke dunia hinggalah dia meninggalkan alam yang fana ini di usia 85 tahun. Ini beerti saya diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengenali dan mengasihi emak selama 52 tahun ia itu usia saya ketika emak pergi kembali kepada Yang Esa pada lewat petang 15 Julai 2010. AlFatihah buat ibuku tersayang. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya dan menempatkan rohnya bersama roh2 para solihin...amin.

          Ketika hati kecil ini terguris serta disambar pilu, ketika inilah saya amat merindui mak. Mak...Ni sangat merindui mak...Ni merindui suara mak...Ni merindui teguran dan nasihat mak...Ni merindui masakan mak...nasi impit kuah kacang, rendang dan mee goreng basah yang tiada tolok tanding enaknya..hehe...Ni merindui rengek cerewet mak...Ni merindui saat menyuap bubur nasi campur ikan tenggiri, carrot dan brokoli kegemaran mak ketika mak sudah terlalu uzur...Ni juga merindui saat membersihkan najis dan menukarkan pampers mak...Ni merindui saat memandikan & memakaikan pakaian mak...Namun Ni sangat puas...puas dapat menjaga dan membelai mak ketika mak sihat, sakit dan sehingga akhir hayatnya. 
         Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana mak telah memberi segala keampunannya atas dosa-dosa saya padanya serta menghalalkan segala makan minum. Apa yang saya lalui bersama mak adalah satu nikmat yang tak ternilai harganya dan tidak akan dapat saya rasai lagi.       
         
            Namun saya ada sesuatu nak kongsi dengan anak-anakku dan anak-anak di luar sana yang masih mempunyai ibu...Jagalah ibu mu baik-baik...sayangilah dia....layanlah kerenah dia...jangan sakiti hati dia...jangan titiskan air mata ibumu nak...call lah...tanyalah khabar dia....Adakah kamu melakukan semua ini buat ibumu? Ingatlah wahai anak-anakku...percayalah pada pesanan orang yang sepertiku..orang yang pernah mempunyai dan kehilangan kasih seorang ibu...Jangan menyesal bila ibu mu telah tiada nanti. Jangan menyesal bila kamu tidak sempat mencium tangan dan memohon ampun dengan ibumu. Walaupun ibu saya telah pergi buat selama-lamanya...saya terus sakit...sakit merinduinya...kerana ibuku hanya SATU...




saat2 akhir piluku bersama arwah mak yg sangat saya kasihi...Al Fatihah semoga mak tenang di sana...amin







@Seorang ibu boleh jaga 9 anak...tapi bolehkah 9 anak menjaga seorang ibu?
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post