The owner
![]()
Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.
Old Entries Credits ![]() Basecode by Atin Tory . Thanks too by L O V E.
| PRU13 2013 PRU13
Pagi ni 5 hb Mei setelah siap sarapan pagi roti canai & kopi O panas terus bersiap2 keluar mengundi. Sepanjang kempen pilihanraya macam2 saya baca komen2 di akhbar dan facebook. Komen2 di fb mmg cukup dahsyat. Samaada parti pembangkang atau parti yg memerintah, penyokongnya sama aje. Sama apa tu? Semuanya adalah rakyat Malaysia . Semua inginkan yg mudah, yg murah,yg rendah.Semuanya ingin
yang baik dari segi pengurusan agama, keewangan, adil dan sebagainya.
Ibaratnya semua inginkan yg baik aje. Ada yg mengutuk, mencerca, mencaci dan membuka aib calon2 dan parti. Ada yg menjadi pengulas selari politik yg tidak diiktirafkan. Ada yg jadi pengorek dan penyampai maklumat yg tk tau samaada sahih atau tidak. I don't blame these lot. Setiap org ada hak utk memilih. Memilih parti yg dia mau, ..memilih calon yg dia mau... memilih utk mencaci memfitnah..
Saya memilih cara saya. Saya memilih cara menutup mulut tapi membuka minda. Diam saya bukan beerti saya 'buta politik'. Saya seorang pembaca. Saya banyak mendengar, membaca, menilai dan menimbang utk buat pilihan. Saya bukan jenis yg suka menyalak tak tentu pasal. Saya juga bukan jenis copy paste. Ini yg membuat ramai org hangat dgn saya sebab mereka tk dapat tau saya menyokong siapa. Saya juga bukan katak bawah tempurung hanya sebab saya tak pernah keluar komen menentang atau memuji mana2 parti. Jauh sekali saya nak 'like' mana2 komen yg pro atau con. Ini juga membuat mereka menganggap saya tak ambil peduli. Kepada generasi Y...pesanan saya...Bacalah! Baca apa? Bacalah apa yg kamu tidak tahu. Dan apabila kamu sudah tahu baru sebarkan apa yang benar. Bacalah sejarah kita dan negara kita. Dapatkan ilmu itu baru buka mulutmu untuk berkata2. Jangan sampai kamu menyesali kata2mu dan terpaksa menelannya satu hari nanti.
Apakah bezanya antara kamu dengan saya? At the end of the day you and me will be given a pen & paper and just pick our choices...
Siapa saja yg bakal memerintah negara Malaysia yg tercinta ini utk 5 tahun akan datang , inilah harapan saya :
1. Tolonglah kekalkan agama Islam yg suci ini drpd dicemari
2. Tolonglah anak2 Islam kita supaya tidak terjebak dgn isu moral
3 Jangan anianya org miskin
4 Tolonglah tingkatkan ilmu agama supaya jgn ramai yg sesat & murtad
5 Tolonglah jaga keharmonian semua bangsa di Malaysia
...kerana akhirnya kamu akan disoal di akhirat nnt dgn amanah kamu.....
@don't you dare call yourself a Malaysian citizen if you did not cast your vote when you should...
← Newer Post
Older Post →
|