Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.


Old Entries



Credits

Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Anugerah Allah SWT...


Anak angkatku Muhammad Afdhal...


  • Sometimes a stranger can do miracles to your life...
          Ketika saya dalam kesakitan dan bercuti selama 6 bulan selepas dibedah di bahagian lutut kanan pada bulan Januari 2010, sesuatu yang istimewa telah berlaku kepada kehidupanku. Ketika itu suami telah menghadiahkan saya sebuah laptop untuk saya menulis berbagai catatan dan cerita selain mengisi waktu kesaorangan serta mengikis kebosanan saya. Saya mula belajar berfacebook dan bertemu dengan ramai kawan2 lama tidak ketinggalan juga mendapat kawan2 baru. Pada 20 Februari 2010 saya di sapa oleh seorang anak muda dari Jambi Sumatera Indonesia. dia adalah keturunan melayu Jambi sama seperti ibu saya. Sapaan itu seterus menjadi sapaan wajib setiap hari. Anak muda yang sungguh baik dan sopan bahasa  bicaranya itu bernama Muhammad Afdhal. 
  
          Hari2 ku dipenuhi dengan sapaanya serta berbagai cerita darinya. Afdhal seorang anak yang sangat bijak dan santun bila berbicara. Anak ini pasti dididik oleh sepasang orang tuanya yg tinggi budi pekerti. Afdhal anak yg istimewa. Dia menghafal 30 juzuk Al Quran. MasyaAllah...sungguh bertuah saya dapat mengenalinya. Setiap kali ada saja topik yang dibicarakan dan topik2 itu menyerlahkan keberanian dan kebijaksanaanya. Sebagai seorang pendidik saya sangat memandang tinggi anak muda yg berilmu begini.

          Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Saya sudah mula dapat merasai keserasian anak muda ini dengan diri saya . Sifatnya yang sangat menghormati saya  walaupun jarak usia kami jauh berbeza...itulah yg mengkagumkan saya. Lama kelamaan saya rasa sangat sayang kepadanya seperti sayangkan anak saya sendiri. Banyak kata2 dan pertanyaannya kepada saya yg menyedarkan tentang kekurangan dan kealpaan saya selama ini. Ya Allah Ya Tuhanku...Aku bersyukur kpdMu kerana telah menghantar anak ini kepadaku. Apabila Allah mahukan kita berubah menjadi insan yg lebih baik , maka Dia menghantarkan seorang insan yg soleh kpd kita. Alhamdulillah...saya telah berjaya mengatasi satu kelemahan dan kekhilafan saya kpd Allah SWT. Saya percaya dan yakin Allah mempunyai seribu satu rahsia atas setiap anugerahnya.Terima kasih anakku Muhammad Afdhal...sungguh sejuk perut ibu mu melahirkan mu.




          Kini Afdhal sudah menjadi anak saya...ya benar, family is not in the blood but it's from the heart. Jadi sekarang saya sudah punyai 2 orang anak lelaki. Afdhal yg di foto sebelah kanan berbaju belang. Dan yg di sebelah kiri berbaju oren adalah anak kandung saya yg sulong.Dia juga sudah saya temui kerana sudah 2 kali dia ke Malaysia ke rumah kami. Kini dia sedang kuliah di Universiti Al Azhar Cairo Egypt dalam tahun 3. Mama akan menunggu pertemuan denganmu pada hujung tahun 2014 InsyaAllah...


@Usah takut menyayangi insan lain...bukan semua insan mampu melakukannya...yg pasti Allah mengasihi insan yg mampu mengasihi orang lain...

          
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post