Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.


Old Entries



Credits

Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Anak...

Anak..

  • Tidak ada yang lebih membahagiakan seorang ibu selain daripada anak2nya...
     Ketika mengandungkan anakku yang sulong, itulah saat yg paling mencabar dalam hidupku sebagai seorang wanita sebab inilah kali pertama saya akan menjadi seorang ibu. Saya sangat kuat minum susu Nespray ketika mengandungkannya. Itu sebab hingga kini tubuhnya sangat tinggi. Anakku Zafrul Izzaq di lahirkan pada 24 Januari 1982 ia itu pada hari sambutan tahun baru cina. Setelah saya mengalami kesakitan yang amat sangat selama hampir 8 jam, ketika azan zohor berkumandang lahirlah putera kesayangan ku ke dunia dengan beratnya.3.6 kg. Maka secara otomatik saya terus bergelar 'ibu'. Zafrul banyak mewarisi bakat senilukis yang ada dalam diri ku. Dia mendapat ijazahnya daripada UTM.

     Pada 14 Oktober 1983 saya melahirkan pula seorang puteri yang dinamakn Fazreen Nadia. Ketika mengandungkannya saya sangat berminat melihat ahli jimnas sukan Olimpik dari Romania yg bernama Nadia Comanecci maka itu sebablah saya namakn dia Nadia.Berat masa lahirnya adalah 3.4 kg. Nadia juga mewarisi bakat seniku. Seorang yang sangat rajin dan kreatif serta berani mencuba. Dia mendapat ijazah daripada MMU.


     Setelah sihat  daripada melalui berbagai komplikasi penyakit akhirnya selepas 6 tahun kelahiran Nadia sekali lagi saya selamat melahirkan anak ketiga seorang puteri Fazreen Nadhirah di awal pagi 18 Mei 1989. inilah kelahiran yang paling cepat dan mudah bagi saya.Beratnya adalah 3.2 kg. Nadhira tidak mewarisi bakat seniku tapi dia berdiri dengan kebolehannya tersendiri dalam bidang pelancongan & perhotelan. Dia mendapat ijazahnya daripada UiTM.

     Saya ingat Nadhirah lah merupakan anak bongsu saya, rupa2nya tekaan saya meleset. Saya diserang demam yang berpanjangan selama beberapa minggu hingga dimasukkan ke wad. Setalah keluar wad saya dapati saya mengandung. Pada 10 Oktober 1998 ketika sukan commonwealth baru selesai dan kebangkitan reformasi oleh Anwar Ibrahim bermula, ketika itulah saya melahirkan Fazreen Regina. Nama Regina itu diberikan oleh anak sulong saya Zafrul sempena nama ahli jimnas Malaysia semasa sukan commonwealth ia itu El Regina. Regina dilahirkan dengan disambut oleh azan magrib. Beratnya?...4.1 kg! Sekarang Ina sedang bertungkus lumus untuk PMR nya.
 
      Keempat anak2ku ini lahir dari rahimku dengan penuh kasih sayang. Namun saya juga telah melahirkan seorang anak dari hatiku. Dia ialah Muhammad Afdhal seorang anak dari Jambi Indonesia. Inilah anak kelima saya. Kisah bagaimana Afdhal boleh menjadi anak saya akan dicoretkan dalam catatan seterusnya nanti. Kasih sayang mama tidak berbelah bagi buat semua anakku walaupun kamu lahir dari rahimku atau pun lahir dari hatiku.....

     Kini anak2ku..kamu semua sudah dewasa.Jadilah insan yang soleh dan berguna kepada masyarakat.Jika kamu melakukan khilaf kepada mama...mama sudah lama memaafkan. Tapi jika kamu melakukan khilaf kepada diri kamu sendiri atau orang lain, dewasa dan matanglah menghadapi kekhilafanmu itu. Jangan sakiti hati orang lain. Jangan menghina orang miskin. Jangan tinggal solatmu. Jangan abaikan Al Quran. Berbaik2 dengan saudara2 kita. Doa mama bersama setiap langkahmu wahai anak2ku...

@Bagaimanakah tergamaknya seorang ibu membuang anaknya tanpa belas kasihan & kasih sayang...
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post