Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.


Old Entries



Credits

Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Fez....Morocco

Fez...meaning 'cangkul'...


          Setelah 2 malam di Marrakech kami bertolak ke Fez. Perjalanan ke Fez amatlah jauh tapi pemandangan yg indah sepanjang perjalanan itu membuat kami tidak terasa kepenatan. banjaran Atlas Mountain yang indah diselimuti salji sungguh mengkagumkan. Sepanjang perjalanan juga kami dapati tanaman pokok olives, almonds dan walnut menumbuh dengan mewahnya. Yang bagusnya kebun2 ini dipagari dengan pokok cactus yang besar, rapat dan of course berduri! Kambing lembu pun tak berani nak ceroboh kebun2 ni. Bumi hijau yang luas dihiasi bunga2 poppy merah serta bunga daisy kuning amatlah indah. .



           Kami memasukki province of Bani Mellal untuk lunch. Tempat ini sangat sejuk dan sombre. Saya dapati Bani Mellal yg berada di kawasan berbukit amatlah ketinggalan dari segi modenisasi. Tetapi yg mengejutkan saya anak2 muda di sana sangatlah moden dari segi fesyen pakaian dan sosial mereka. Namun pergaulan mereka sedikitpun tidak menyakitkan mata sebab mereka menjaga tingkah laku dengan cukup baik. Mereka juga kelihatan moden dalam ketidakmodenan. Kamu lunch di Patterserie de Paris

          Sampai aje Fez hari dah malam jadi kami terus check in Hotel Barcelo dan berehat. Pada keesokkan harinya hujan sangat lebat. Kami ke Old Medina ia itu kota lama. University yg pertama di Morocco bermula di sini. Kami dibawa melalui labyrinth ia itu lorong2 sempit yg diapit oleh kedai2 kecil menghasilkan berbagai hasil kerjatangan yang tradisional seperti kraf kulit, besi, tenunan dan lain2. Kadangkala kami hampir dirempuh kaldai dan kuda yg membawa barangan. Memang satu pengalaman yang sangat unik. Yang paling best akhirnya saya dapat melihat tannery ia itu tempat proses kulit secara tradisional. All these, I only read and saw on Nat Geo now it's in front of me.

R & R ada nice garden and beautiful peacocks...

tannary tempat mewarna kulit utk buat handbag...and this place is very toxic...kena pakai mask


           Kemudian kami ke kilang mosaic Fakhari Ceramics. Semua mosaic di sini dibuat, disusun, dibakar dengan tangan. Tiada mesin teknologi canggih. Sedih bila mendengar yg gaji pekerja dibayar mengikut hasil kepingan mosaic yg dihasilkan dalam sehari. Semasa membeli cenderamata di kilang ni seorang pekerja disitu cakap dia pernah ke Terengganu utk buat mosaic di istana Sultan Mizan. Saya siap bergambar dengan dia. Rupa2nya dia towkay kilang tu. Namanya Omar Fakhari..dah lah muda, handsome kaya pulak tu...siap jadi facebook friend lagi...haha ..jangan jealous...

       
...bersama Omar Fakhari towkay Fakhari Ceramics


gaji haridibayar ikut kepingan mosaicyg mereka mampu potong dalam sehari

murah!...murah!

periuk tagine yg sgt cantik...harga pun cantik...hehe

my daughter dikat kain kepala mcm tradisi orang Morocco

makan yg sedap dlm decor yg cantik...

dan tidur yg nyenyak  di tilam yg umph!
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post