Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.


Old Entries



Credits

Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Kembara Impian...Morocco,Gibraltar,Spain

.Morocco, Gibraltar & Spain...24 March-5 April 2013


  • Dare to dream to travel the world, for it's just a little globe...
after 16 hours of flight...I'm now at Casablanca Airport in Morocco


  beautiful interior and exterior of Masjid hassan 2 Casablanca...        
       


  Ketika saya masih kecil, waktu makan adalah waktu satu keluarga berkumpul. Apak sebagai ketua keluarga pasti duduk di kepala meja makan. Apak mahukan semua anak2nya makan bersamanya bila tiba waktu lunch atau dinner. Itulah rutin familyku. Satu lagi rutin yang pasti ialah ketika makan apak suka bercerita tentang negara2 di dunia. Walaupun dia hanya pernah sampai ke beberapa negara sahaja, namun knowledgenya tentang negara2 seluruh dunia amatlah tinggi sebab dia suka membaca. Bila dia bercerita tentang Spain, saya sangat tertarik. Bila saya lihat foto2 berkaitan dengan Spain bergelora rasa perasaan utk melihat negara itu. Tapi masa tu saya hanyalah anak kecil yang tinggal di Chamang ..langsung tidak terfikir yang saya satu hari nanti dapat ke sana.

          Bila saya meningkat dewasa, saya sering memotivasikan diri saya dengan bertanya soalan ini .."Kalau orang itu boleh pergi, kenapa saya tidak boleh?" Saya menyimpan cita2 utk kesana satu hari nanti. Saya ingin melihat tempat orang. Walaupun pada masa itu pengangkutan tidak mudah seperti sekarang, namun saya yakin...Saya akan sampai kemana saja yang saya inginkan.

          Setelah saya mengakhiri perkhidmatan saya sebagai pendidik, saya merancang pergi meraikan persaraan saya dengan mengakhiri impian saya yang bergelora sekian lama. I waited for almost 40 years to go to Spain..Why? Sebab fulus lah...hehe..bukannya murah nak ke sana. Yang keduanya, sebab masa. Sekarang sudah tidak ada halangan lagi. Saya ajak anak kedua saya Nadia utk menemani saya tapi pakej yg ada adalah utk ke Morocco Spain. Ini peluang yg baik ..dapat tengok satu lagi negara lain. 

          Dua hari selepas saya bersara, kami ke KLIA utk memulakan kembara yg sangat bermakna ini. Flight Qatar Airways kami bertolak jam 9.15 malam. Selepas 7 jam kami transit di Doha selam 1 jam. Seterusnya, transit pula di Tunis setelah terbang selama 5 1/2 jam. Selepas 2 1/2 jam kami tiba di Casablanca Airport, Morocco. Aku sekarang di bumi Morocco di benua Africa. Bumi yg mana penduduknya automatis adalah beragama Islam. Kami disambut oleh Mr. Jamaluddin pemandu pelancong kami. Terus kami lunch di restaurant tepi laut Les Poisson. Makanan laut ikan celup tepungnya dan salad sayuran segar meditteranean nya memang sangat delicious. Seterusnya kami melawat Masjid Hassan 2 masjid yg tersergam indah dan sangat menakjubkan. Setelah puas melihat dan mendengar sejarahnya, coaster yg membawa kami seramai 16 orang itu terus bergerak menuju destinasi kedua...Marrakech.


lunch at Les Poisson
each  of us got a plate of this for dessert

lunch in Casablanca....floured fried seafood...and it's so damn delicious!




@Casablanca reminded me of Humphrey Bogart & Rita Hayworth....

0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post