The owner
![]()
Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.
Old Entries Credits ![]() Basecode by Atin Tory . Thanks too by L O V E.
| Toledo > Madrid Madrid...Ole! Kami tidak tidor di Toledo kerana jarak Toledo ke Madrid hanya 72 kilometre lebih kurang 1 jam perjalanan. Madrid adalah destinasi terakhir kami dalam kembara ini. Kami tidor 2 malam di Madrid. Di sebabkan kami lama melawat Toledo serta bershopping jadi sebelah malamnya kami berehat di hotel sj. Ada juga kawan2 kami yg keluar ke Hard Rock Cafe utk membeli cenderamata.
dolmar...nasi enak dibungkus dalam daun anggur..
Pada keesokkan paginya kami ke stadium football Real Madrid Bernabeu. Wow..besar sungguh stadiumnya. Ketika itu penyokong Turki sudah sampai utk menonton perlawanan antara Turki & Real Madrid. Tapi sorrylah...tak mampulah...tiketnya Euro250..RM1000!...tengok kat tv hotel ajelah...hehe..
depan stadium bola Real Madrid
di depan bull ring
di depan istana King Juan Carlos
Pengalaman memasukki istana King Juan Carlos raja Spain satu pengalaman yg sgt istimewa. Setiap ruang istana dihiasa dengan lukisan & hiasan siling yg menakjubkan. Tapi malangnya mengambil foto adalah dilarang. Mungkin mereka tidak mahu dunia melihat betapa mewahnya kehidupan raja mereka. Setelah penat seharian kami pun pulang ke hotel utk berehat dan mengemas beg kami yg beranak pinak tu...hehe
Esoknya kami pun berangkat ke airport Madrid yg hanya 20 minit perjalanan dari kota Madrid. sebelum keluar kota kami singgah di masjid Madrid yg tunggal. Kembaraku ke Morocco, Gibraltar dan Spain berakhir di sini dengan mengiringiku pulang membawa seribu satu kenangan manis dan sentuhan sayu pilu. Dia antara banyak2 tempat Alhambra di Granada lah tempat yg sangat berkesan di hati saya. Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana telah memberiku kesihatan yg baik utk melihat keindahan alam ciptaanNya serta melihat kepiluan sejarah ciptaan manusia....
Adios...sehingga ke benua lain pulak atas izinNya InsyaAllah...
di airport Madrid
0 SAY SOMETHING ← Newer Post
Older Post →
|