Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Sukarnya mendidik anak perempuan

Perempuan MESTI pandai di dapur...



  • Pesanan buat anak2ku Fazreen Nadia, Fazreen Nadhirah & Fazreen Regina...
anak menantu makan2 masa bday saya...

         Saya mempunyai 9 adik beradik, 6 drpdnya adalah perempuan. Kami ber 6 dibesarkan oleh apak seorang disciplinarian...tegas tapi penyayang. Emak pula seorang guru yg berwatakan lebih lembut. Apak tegas menentukan anak2nya terdidik dengan baik. Kami diberi pelajaran dunia akhirat sebaik mungkin. Didikan yg lebih halus yg sukar dilihat dengan mata kasar juga diberi kpd kami. Kami dididik menghormati yg lebih tua dan menyayangi yg lebih muda. Bagi kami anak2 perempuan kami dididik mengenali dan merapatkan diri dengan dapur. Apak seorang yg suka dan pandai memasak. Kerapkali dia akan ke dapur nak masak dgn mak. Bila nampak aje apak ke dapur, semua anak perempuan dari yg tua hingga yg kecil2 pun menyerbu ke dapur tanpa isyarat dari apak kami.

          Apak akan membahagikan tugas2 kami..ada yg kupas bawang, potong sayur, tumbuk lada. Kami yg kecil2 ni ada juga tugas...ambilkan pinggan, sudu, hulurkan itu ini. Apak cakap anak perempuan mesti rajin dan pandai di dapur. Kalau kawin nanti tak lah malu kat mertua. Kata apak, kalau tak pandai masak nanti suami pakaikan kita 'topi nazi german' -beerti kalau tak pandai masak suami marah dan sungkupkan periuk atas kepala kita..hehe..

arwah apak yg banyak mendisiplinkan kami...tq apak...


          Hari ni mama bersyukur kerana Nadia sangat rajin dan pandai memasak. Nadhirah pula melalui pelajaranya di bidang pelancongan dan pengurusan hotel juga telah banyak mempelajari bidang masakan. Regina juga sudah berani mencuba masak cupcakes. Kamu memang tidak kekok di dapur. Ingatlah, kewanitaan bukan hanya perlu indah paras rupa sahaja tapi juga perlu mempunyai ciri wanita unggul ia itu mampu menawan hati suami melalui perutnya.  Mama is so proud of you girls! 

          I thanked Apak for teaching me to be a real woman and teaching me to teach my girls to be great in the kitchen.

Here are some of my latest cooking products to share...    
   masak Tagine Moroccon dish

cheese choc layer cake ...thank you Mummy Ryan's Kitchen

chicken quiche..ini  favourite babah...

                       Al Fatihah buat ayahandaku tercinta...semoga apakku  tenang di sana...amin.


0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post