Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Catatan GPK HEM...

       
Kisah 1...
Kasihanilah kami, ibu....

           Hari ni saya nak berkongsi satu cerita kisah benar yang diharapkan dapat menjadi pengajaran & iktibar kepada semua ibu bapa. Saya tidak berniat utk mengaibkan sesiapa tapi sekadar berkongsi pengalaman. Saya mula2 sekali dinaikkan pangkat kepada guru penolong kanan adalah pada tahun 2003 ia itu sebagai GPK Kokurikulum di SK Sr Makmur Pekan Pahang. setelah 7 bulan berjauhan dari keluarga, saya berpindah balik ke Bentong. Saya diberi jawatan GPK HEM(Hal Ehwal Murid) di Sekolah Kebangsaan Sulaiman. Jawatan HEM ni memang sangat rumit sebab ia melibatkan disiplin murid. Murid sekolah ni memang ramai lebih kurang 1100 orang .

          Pada satu pagi, sedang saya sibuk menyiapkan borang permohonan biasiswa murid, saya didatangi oleh seorang bapa. Encik Anuar(bukan nama sebenar) masuk ke bilik HEM dengan berwajah muram. Setahu saya semua yg masuk ke bilik saya biasanya muka tak happy. Kalau murid masuk, dia orang tak happy sebab buat salah, nak kena rotan. Kalau parents pulak mengadu cikgu kasar, cikgu denda atau tak puas hati anak tak dapat bantuan. Tapi kehadiran Encik Anuar hari ni berbeza sekali. Inilah kali pertama saya berjumpa Encik Anuar. Setelah saya menyambutnya dengan senyuman dia pun duduk di kerusi hadapan saya. Mukanya kelihatan sedih sekali. Dia pun memulakan ceritanya. Dia mempunyai 2 anak bersekolah di sini. Seorang perempuan 9 tahun nama Sufiah(bukan nama sebenar) dan seorng lelaki 11 tahun nama Amin(bukan nama sebenar). Dia membesarkan kedua2 anak ini bersaorangan sejak ibu mereka meninggal kerana kanser beberapa tahun yg lalu. Baru2 ini dia telah berkahwin dengan seorang wanita single  yg berusia 30'an. Isteri barunya ini sangat garang dengan anak2nya. Dia tahu yg anak2nya sering dimarahi dan dipukul tapi dia tidak berdaya nak buat apa2. Encik Anuar memang seorang yg baik dan lembut tuturkata. Saya dapat melihat sifatnya yg memang tak berupaya nak bersikap garang.

          Dia meminta pertolongan saya. Kes ini berlaku di rumahnya. Dia sebagai ayah sepatutnya boleh handle isterinya. Apa yg saya nak siasat? Saya berjanji akan membantu dia seberapa yg boleh. Encik Anuar pulang dengan penuh harapan semoga saya boleh membantu. Saya memanggil anak2nya ke pejabat saya. Anak2nya memang diakui guru adalah murid2 yg sangat baik. Tiada masaalah disiplin dan sangat menghormati cikgu. Sufiah & Amin menceritakan serba sedikit tentang ibu tiri mereka. Tak boleh silap sikit mereka akan dicubit , dipukul. tapi bila depan bapanya, ibu tirinya akan berbuat manis, berpura2, bermuka2. Saya menasihati mereka supaya jangan buat ibu marah. Hati saya berasa marah sangat kpd bapa mereka kerana membiarkan anak2nya disiksa begitu.

           Encik Annuar kearap datang berjumpa saya mengadu berulangkali tentang perbuatan isterinya itu. Saya menegur sikap Encik Anuar yg lemah tu. Saya menegur secara diplomasi hingga dia menangis. Hati saya turut menangis mengenangkan alangkah zalimnya ibu tiri ini menyiksa anak2 yg kematian ibu.Saya pernah memanggil ibu tirinya ke sekolah tapi bermacam2 alasan dia beri .

          Satu hari saya didatangi 3 orang murid perempuan. Mereka mengadu kepada saya yang mereka kesian tengok Sufiah. Mereka lihat Sufiah menggeliat menahan sakit apabila dia nak menukar baju kurungnya untuk memakai T-shirt untuk kelas jasmani. Mereka terkejut bila melihat belakang Sufiah berbirat2 penuh kesan calar balar akibat dipukul. Sufiah tk izinkan kawan2nya memberitahu cikgu.Saya terus memanggil Sufiah dan membuka pakaiannya. Sebak...pilu bagai dihiris2 jiwa saya bila melihat belakang badan Sufiah. Ya Allah...manusia apakah ini memperlakukan anak kecil, anak yatim, anak yg sangat baik sedemikian rupa?? Penuh calar balar yg ada juga pecah berdarah kulit belakangnya. Kata Sufiah ibu tirinya pukul dengan hanger baju besi.Saya tenangkan diri saya dengan beristighfar. Saya terus memanggil abang Sufiah, Amin. Tanpa bertanya saya terus suruh Amin buka bajunya. Aduh Ya Allah...Amin juga dipukul teruk tapi tak seteruk Sufiah. "Mana lagi?..mana?" saya tanya Sufiah. perlahan2 Sufiah menyelak kain baju kurungnya. Hancur peha budak ni! Gila lah ibu tiri dia ni.

          Saya terus ke bilik Guru Besar utk meminta kebenaran membawa dua beradik itu ke hospital utk rawatan. Doktor serta staff nurses yg merawat Amin & Sufiah terkejut bila mendapat tahu mereka adalah anak seorang pesakit kanser yg pernah mereka rawati. Arwah ibu mereka memang amat dikenali dan disayangi oleh staff hospital kerana ibu mereka seorang yg sangat baik dan suka membantu nurses membuat kerja2 ringan secara sukarela semasa dia dirawat. Ada yg hampir menangis melihat keadaan 2 beradik ini. Saya meminta doktor mengambil foto kecederaan anak2 ini utk ditunjukkan kpd bapanya. Setelah hampir 3 jam, selesai segala urusan, saya pulang ke sekolah. Jam sudah pukul 12 tengahari. Saya terus menelefon bapa  dan ibu tiri mereka. dengan tegas saya arahkan mereka datang ke sekolah. Saya hanya memberitahu yg saya nak bincang hal anak mereka.

          Oh..inilah dia ibu tiri Sufiah & Amin. Cantik jugak orangnya. Mula2 saya berborak2 mesra dgnnya. Dia ckp dia sayang sgt anak2 tirinya sebab dia sendiri telah disahkan oleh doktor tidak boleh melahirkan anak. Dia tidak tau alasan sebenar kenapa saya panggil dia ke sekolah. Bila kedua suami isteri itu habis bercerita, saya pun bertanya si isteri apa yg telah dia lakukan kepada Sufiah & Amin. Dia kata tak ada apa2. Suaminya hanya tunduk tidak berkata apa2 tapi menjeling ke isterinya.. Lantas saya terus memanggil Sufiah & Amin masuk.

         "Puan tak tau apa yg puan buat ya?" saya bertanya. "Tapi saya tau..mari saya tunjukkan".  Terus saya menyelak baju Sufiah. Saya juga menunjukkan foto2 yg diambil oleh pihak hospital. Ayah Sufiah tergamam, terus terketar2 suaranya beristighfar. Dia tak sangka isterinya sanggup mendera anak2nya sedemikian rupa. Isterinya pula terus pucat lesi wajahnya. Dia beristighfar juga tapi nampak sangat berpura2 terkejut.
Saya terus berkata, "Puan sepatutnya bersyukur kpd Allah kerana dipilih utk menjadi ibu kpd 2 orang anak yatim yg kematian ibu. Puan diuji utk memberi kasih sayang, menjaga kebajikan, mendidik dan membesarkan mereka dengan baik. Malangnya puan sia2kan anugerah Allah ini. Puan juga patut bersyukur diberi 2 orang anak instant, anak segera.. sedangkan puan memang tidak boleh melahirkan anak lagi." tersekat2 suara saya berkata kepadanya. Si ibu tiri terus menekup tangannya ke mukanya dan terus menangis. Saya terus berkata, "Saya boleh mengadu kpd Jabatan Kebajikan Masyarakat...anak2 ini akan diambil dari puan dan puan akan ditahan dan didakwa di mahkamah."
         
           Dengan suara yg tersangkut2 dia memohon supaya saya tidak bertindak sedemikian. Dia berjanji depan saya dan suaminya bahawa dia akan jaga anak2 tirinya dengan baik. Terus dia menandatangani sepucuk surat perjanjian yg saya sudah sediakan. Suaminya banyak berdiam tapi sesekali bersuara menegur perbuatan isterinya. Si ibu tiri terus memeluk anaknya Sufiah dan memangkunya.. Dalam hati saya berkata biasanya ini sekadar lakonan sahaja. tapi saya dah cuba semampu yg boleh. Saya mendoakan anak2 ini dijaga dengan baik oleh ibu tirinya serta dilindungi Allah. Tidak lama selepas itu saya berpindah sekolah dan tidak tau apa yg terjadi pada Sufiah & Amin.

          Setelah 4 tahun berlalu, satu malam di bulan Ramadhan, saya ke masjid utk bersolat tarawikh. Sedang jemaah muslimah bersiap2 utk solat, saya tersenyum melihat susuk tubuh seorang muslimah di depan saya berpeluk2 manja dengan anak perempuannya. Bila anak itu menoleh ke belakang, terkejut saya...Sufiah! Bila Sufiiah nampak saya terus dia ckp dengan wanita bersamanya itu. Ya, dia adalah ibu tiri Sufiah. Terus dia dan Sufiah bersalam dengan saya. Saya nampak betapa bercahaya mata Sufiah, penuh dengan perasaan kasih kpd ibu tirinya. Saya juga dpt melihat betapa kesal dan sebaknya ibu tiri Sufiah...namun matanya juga bercahaya penuh dengan kasih sayang kpd anak tirinya. Apa yg telah saya lakukan pada 4 tahun yg lalu telah menginsafkan wanita ini. Alhamdulillah. Ya Allah...aku bersyukur kpdMu...ini sudah memadai bagiku....amin



@Bersyukur dgn apa saja anugerah Allah kpd kita...kerana anugerah itu adalah ujian bagi kita....

0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post