Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Sahabat Sejati 2-The Rejab Boys

The Rejab Boys...

          Dalam entry Sahabat Sejati saya menekankan tentang sahabat sejati saya Zainab Wahab. Namun pengertian sahabat sejati saya bukan hanya terletak kpd kawan perempuan sahaja. Saya ingin berkongsi kisah sahabat sejati lelaki saya pulak. Ketika saya menuntut  dalam jurusan Art & Designdi ITM Dungun pada tahun 1976 saya sangat rapat dgn sorang brother ni. Nama dia Ahmad bin Rejab. Kami mula kenal ketika minggu orientation. Semua junior kena participate dalam persembahan kebudayaan. Saya mmg kaki bangku tak pandai tari menari ni. So saya pilih utk menyanyi. Semasa test key suara, Ahmad Rejab lah yg test kan sebab dia guitarist masa tu. Saya masih ingat hingga hari ini, lagunya 'Yesterday'...lagu The Beatles. He said I had a good voice :-).hmm..

         Soon after that, when lecture classes resumed he became very close to me. Wait..stop!...tak de apa2 antara kami ok...Mad was such a caring and wonderful boy. Kalau nak makan dia akan tunggu saya hingga saya siap semua kerja. Setiap kali waktu makan dia akan makan dengan saya. Dia sangat mengambil berat tentang saya. Kebajkan dan sakit pening saya selalu dia ambil tahu. Dia juga banyak membantu saya dalam kerja2 studio. Truly, from the bottom of my heart, I loved Mad like a brother tidak lebih dari itu. Kawan2 ramai yg ingat kami ni couple. Hanya saya dan Mad saja yg memahami persahabatan kami.

inilah satu2nya foto Mad yg masih dalam simpanan saya...foto Mad bersama seorang kawan

Yesterday

Yesterday...
All my troubles seemed so far away...
Now it looks as though their here to stay
O..I believe in yesterday
Suddenly...
I'm not half the girl I used to be
There's a shadow hanging over me
O yesterday came suddenly
Why he had to go I don't know he wouldn't say
I said something wrong now I long
For yesterday....
Yesterday...
Love was such an easy game to play
I don't need a place to hide away 
o I believe in yesterday.....



          Persahabatan luhur kami sayangnya tidak berpanjangan. Pada 4 November 1976 Mad kembali kpd Yang Esa  buat selama2. Mad meninggal dunia kerana lemas di laut Sura Point. Hatiku pedih bagai dihiris 
sembilu. Tapi saya redha dengan ketentuan Illahi.. Al Fatihah buat Mad sahabatku...

          Saya meninggalkan ITM ketika di tahun 2 di Shah Alam utk masuk kolej...memang nak jadi cikgu, cikgu seni sejak awal lagi. Ketika di kolej saya bertemu dengan Habibuddin bin Rejab. he was my class & coursemate.Bila dengar aje nama Rejab tu, terus terang saya cakap...hati saya menangis teringat arwah Mad. Dah lah Habib ni dari Kedah, Mad pun dari Kedah jugak. Habib pun pandai main guitar & nyanyi mcm Mad jugak. Pernah terdetik di hati saya, ..Adakah Habib ni adik beradik dengan Mad? Soalan itu saya pendam dahulu.


           Setelah beberapa waktu, Zainab, Habib & saya menjadi sahabat yg sangat baik. Dalam kelas pun duduk sebaris..mcm 3 stooges aje...hehe We could talk just about almost anything. Dalam mengenang arwah Mad, satu hari tu saya bertanya Habib sama ada dia ada brother nama Ahmad tak. Selepas soal jawab, jawab soal, rupa2nya arwah Mad adalah kawan baik Habib masa di bangku sekolah lagi. Alangkah terkejutnya saya. Ya Allah sungguh kecil dunia ini...sungguh aneh dan penuh rahsia Allah temukan insan2 di dunia ini. Sehingga hari ini kami bertiga adalah BFF...Best Friends Forever....Kalau lah Mad ada pasti dia juga join kami bertiga.

          
best friends forever..
Tim, Nab & Beib



ziarah hari raya kami sekeluarga ke rumah Beib di Terengganu...2012



ziarah Beib sekeluarga ke rumah saya di Bentong...2010


          Doaku kpd Mu Ya Allah semoga persahabatan ini terus kekal hingga ke akhir hayat.



@Hilang seorang sahabat ...Allah kirimkan sahabatnya utk menjadi sahabat sejatiku....
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post