Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Yang Indah Datang Hanya Sekali....

Reunion SMS 2011...


          Saya  mendapat pendidikan menengah di Sulaiman Secondary School (SMS) di Bentong Pahang. Sekarang sekolah itu dikenali sebagai SMK Sulaiman. SMS adalah sekolah primier yg terbesar di Bentong. Saya belajar di situ dalam tahun 1974 & 1975 semasa di tingkatan 4 & 5. Pengetua saya ketika itu adalah Mr. RIS Stork. Saya di ajar oleh guru2 yg hebat dan berwibawa seperti Mr. Koshy, Mr Leo, Hj Wahab, Mrs Marsh, Mr Alcock, Mr Soehner, Mr Ghosh, Encik Hamidon, Mr Baylett Tan just to name a few... dan tidak ketinggalan juga Cikgu Adnan Yaakob yg sekarang ini adalah Menteri Besar Pahang. Saya juga mempunyai ramai kawan semasa bersekolah di sini.

          Facebook telah berperanan menarik perhatian bekas2 murid sekolah ini utk bersama2 dalam reunion yg di usahakan oleh beberapa bekas pelajar sekolah ini. Saya berasa sangat happy bila proses jejak kasih melalui facebook berjaya mengesan ramai bekas pelajar era 70'an..era saya. Akhirnya semuanya menjadi kenyataan. Satu majlis reunion SMS  di adakan pada 17-19 Jun 2011 di Apartment De Embassy serta makan malam di kediaman Menteri Besar Pahang yg juga bekas guru saya. Di sebelah paginya kami dikehendakki berhimpun mcm school assembly di dataran De Embassy. Tapi yg uniknya kami perlu memakai uniform sekolah. Memandangkan zaman kami sekolah dulu , kami pakai pinafore berskirt jadi kali ini kami harus pakai baju kurunglah...kalau pakai pinafore juga, kiamat dunia rasanya...hehehe..Pengalaman ber assembly itu sangat membuat kami rasa terharu namun kegembiraan mengatasi segalanya.

assembly time.....


and our teacher Mr. Leo rings the bell ....

          
where's your partner?....


Me, Missnah and Mrs. Stork our teacher...wife of Mr Stork our principal..
Missnah & me are retired now but look at our teacher..still fit and looking great! 

in loving memory of our beloved principal Mr RIS Stork who passed away just recently...
May you rest in peace sir....

news of the reunion was broadcast on TV3 news....muka saya masuk tv..hehe


          Pertemuan dgn kawan2 lama adalah saat yg paling bermakna. Tapi yg lebih istimewanya apabila yg tak kenal masa sekolah dulu jadi berkenal2an pulak pada hari reunion tu. Pada sebelah petangnya kami bersukaneka mengikut rumah sukan masing2 masa zaman sekolah dulu. Pada sebelah malamnya kami ke kediaman rumah Cikgu Adnan untuk acara dinner dan santai. Kegembiraan jelas tergambar dan terasa sayang kpd teman2 terbit di hati masing2 ..maklumlah semuanya sudah masuk 5 series jadi bimbang usia mencemburui kita..entah uzur dalam masa  yg terdekat..manalah tau...tak dapat pulak kita nak bertemu lagi kawan2 tersayang...


bersama Cikgu Adnan & wife Junaini

Mrs.Stork, Mr.Stork, Cikgu Adnan, Junaini & Pn Hindun

with my friend from childhood days Dato Seri Dr Noorul Ainur(centre) and my sis Fatimah Ainun...still looking young and radiant...

Arts 1 class of 74/75..from left Dato Hamid Bador, Sharif, Rahman, Halimi & me...

          Well, what goes up must come down, what begins must end....persahabatan yg dibina terus diperkukuhkan  sedaya yg termampu. Persefahaman antara kami cuba dikekalkan namun hanya Allah yg menentukan segala2nya....Detik indah ini hanya datang sekali sahaja dan tak mungkin akan berulang lagi ...



@Usia mampu merubah hati manusia...sikap pula bagaimana?
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post