The owner
Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.
Old Entries Credits Basecode by Atin Tory . Thanks too by L O V E.
| Kembara umrah ke rumah Mu... Madinah.... Bagi seorang muslim, mengerjakan haji dan umrah adalah wajib jika berkemampuan. Dulu selalu saya memikirkan macam mana arwah nenek dan datuk saya boleh sampai ke sana dalam tahun 50'an. Dengan pengangkutan kapal, perjalanan mereka mengambil masa hampir 3 bulan utk sampai ke Makkah. Tapi zaman sekarang, dengan kapal terbang 8 atau 9 jam sudah sampai. Tambahan pulak sudah ramai orang berkemampuan maka setiap tahun beratus ribu orang telah ke sana utk mengerjakan umrah dan haji. Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT saya dan suami akhirnya dapat menjejakkan kaki di bumi yg paling indah dan menakjubkan di dunia...Makkah & Madinah.. Hajat utk ke sana sudah lama dipendam, tetapi di sebab oleh beberapa aral termasuk simpanan yang belum mencukupi, maka hajat ditangguh. Saya dan suami mengerjakan umrah dan kali pertama buat kami ke sana adalah pada 28 Mei-11 Jun 2011. Dengan jujurnya saya ingin nyatakan bahawa saya ke sana dengan nawaitu sepenuh jiwa utk melihat dan merasa roh & jiwa tempat perjuangan & berkembangnya agamaku agama Islam yang diajar oleh nabi tercinta Nabi Muhammad saw. Seterusnya ingin mengerjakan ibadah yg dituntut. Setibanya kami ke airport Jeddah, kami terus menaikki bas ke Madinah dulu. Perjalanan dari Malaysia hingga ke Madinah tanpa henti itu telah menyebabkan kaki saya bengkak teruk. Tapi saya bertahan hingga bas memasukki kota Madinah. Ketika bas menuju ke hotel kami, jantung saya berdegup kencang...dimanakah Masjid Nabawi...masjid nabiku? Tiba2 saya terlihat cahaya yg sangat terang menderang disebelah kiri saya. Subhanallah...itulah ucapan yg keluar dari mulutku bila saya terlihat sebahagian besar Masjid Nabawi. Ya Allah...indah sungguh masjid ini memang layak buat Rasullullah yg dicintai.
bersama suami di Masjid Nabawi
sungguh indah Masjid Rasullullah
Sebelum saya berangkat utk umrah, sahabat baik saya Zainab memaklumkan yg dia juga akan ke sana pada tarikh yg sama. Saya berasa sangat gembira walaupun kami tidak berpakat utk pergi tarikh yg sama. Dia pergi pakej lain, saya pakej lain. Masa saya di Madinah, saya buntu macam mana nak contact Zainab sebab masing2 tak tau nombor handphone masing2 di sana, hotel pun kami tak tahu. Dengan kuasa Allah, sedang saya makan tengahari dengan jemaah pakej saya, seorang akak yg duduk sebelah saya berborak sambil menceritakan semasa dia solat di masjid tadi ada seorang wanita minta dia tolong carikan kawannya. Akak tu hulurkan kertas tu ke saya. Sungguh terkejut saya, kertas itu daripada sahabat saya Zainab utk saya. Terus saya call dia dan malam itu selepas solat Isya, bertemulah dua sahabat baik ini di tempat yg paling suci di dunia.
sahabat sejati Fatimah & Zainab bertemu di Masjid Nabawi
Pengalaman solat di Masjid Nabawi adalah satu pengalaman yg cukup menakjubkan.Peluang memasukki dan solat di Raudhah sangat2 saya nantikan. Hati terasa sayu bila terutamanya berada di Raudhah di mana terletaknya makam Rasullullah dan sahabat2nya Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar. Tapi keadaan sungguh berasak2 dan berhimpit walaupun kami masuk mengikut giliran Saya redha....Saya tidak dapat peluang utk solat di kawasan carpet hijau tapi tk apa mungkin ianya bukan rezeki saya. Di luar kawasan masjid terdapat tanah perkuburan Baqi di mana terdapat kubur puteri Rasullullah Fatimah, Zainab dan isteri2 baginda. Penduduk Madinah sangat peramah dan saya rasa sedih hendak meninggalkan Madinah yg penuh bersejarah itu.
0 SAY SOMETHING Makkah... Memandangkan inilah pengalaman kali pertama saya ke Makkah, hati saya sangat berdebar bila memikirkan saya akan melihat Kaabah buat kali pertama kali dalam hidup saya. Ketika mula2 saya melihat Masjidilharam, saya terkesima...Ya Allah Ya Tuhanku ..tersangat bersyukur rasanya dapat tiba dgn selamatnya di rumah Mu yg penuh bersejarah dan sangat indah.
Ketika memasukki Masijidilharam dan menuruni tangga utk menuju ke dataran yg terletaknya Kaabah, hati saya berdebar2. Tiba2 pandangan saya terpaku dan jantungku rasa berhenti berdegup sebentar bila melihat Kaabah tersergam di depan mataku. Tanpa disedari air mata saya menitis..sebak...
bersama suami selepas tawaf
Sebaik tiba di Makkah kami jalankan ibadah umrah seperti tawaf & sa'ei. Semuanya kami dapat lakukan dalam keadaan tubuh badan yang sihat. Walaupun cuaca bulan Mei & Jun agak panas tapi Alhamdulillah kami ok. Kami juga dibawa menziarah tempat2 bersejarah seperti Jabbal Rahmah tempat bertemu semulanya Nabi Adam & Hawa.
di Jabbal Rahmah
Semasa di Makkah sekali lagi saya bertemu dengan sahabat sejatiku Zainab. Kami makan malam bersama suami masing2 di Safwa Tower. Kami makan nasi mandy yg sangat enak.
Setelah 2 minggu di Madinah & Makkah , kami berangkat pulang. Alangkah bahagianya rasa kerana akhirnya dapat juga menjejakkan kaki di tanah suci. Empat bulan selepas umrahku ini saya kembali semula ke Madinah & Makkah utk ibadah haji pula. Aku bersyukur kepadaMu atas segala rezeki dan kesihatan yg baik buat diriku dan suami. Ameen...
← Newer Post
Older Post →
|