Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Live or let die

Mati itu sesuatu yang pasti, namun selagi hayat dikandung badan Allah memberi kita akal untuk berusaha menyihatkan tubuh badan dan menghindarkan pelbagai penyakit.

          Setiap kali bila telinga ini mendengar berita tentang teman2 atau saudara mara atau keluarga sakit, soalan yg  secara automatik kita akan tanya ialah...'Sakit apa?' Bila jawapan diberi, macam2 soalan turutan diikuti...Teruk ke?...Sejak bila?...Namun pernah tak sejenak kita bertanya soalan yang lebih mengesankan sebelum dia atau kita sakit...soalan seperti...Bila kita nak pergi buat medical checkup ya? Kamu tak mau pergi checkup utk kanser ke? Atau kenapa tidak ajak saja mereka pergi sama2 checkup before it's too late?
Tapi kadangkala ia tidak semudah yg kita fikirkan. Penyakit memang datang tanpa diduga.

          Semalam saya menziarah seorang teman yg kanser hati dan telah merebak ke paru di stage 4. Memang tak dinafikan perasaan pilu bila melihat keadaannya. Menziarah orang yg sakit adalah satu peringatan bagi saya. Islam menggalakkan kita menziarah orang sakit untuk menyedarkan kita, menginsafkan kita. Saya sering mengingatkan diri saya. If I do not take care of my health, no one else will either. Jika saya tidak ambil berat tentang kesihatan saya, orang lain tidak akan peduli.

inilah makanan yg paling saya tidak gemar...I hate burgers!


           Sejak saya muda saya memang gila makan ulam. Saya percaya ulam ulaman memang baik sebagai pengelak & penyembuh penyakit. Saya amat sedikit mengambil makanan berperam seperti belacan, ikan masin, budu, jeruk buah dan lain2. Sayur dan buah2an memang kegemaran saya. Kalau buat kek atau pudding saya suka yg berbuah. Saya makan supplement multi vitamin, evening primrose, omega & habatussauda...itu saja. Saya tidak mudah terpengaruh dengan lambakkan vitamin di pasaran sebab saya lebih suka makan dari sumber asli. Saya cuba sedaya upaya menjaga kesihatan saya sebaik mungkin. Namun  kalau ditakdirkan nak sakit, sakitlah jua. Di usia  5 series ini, yang menggangu kesihatan saya buat masa ini adalah kesan daripada operation lutut saya yg dibuat pada tahun 2010. Saya boleh berjalan tapi ada masa tu kena berhati2 bila melangkah, kalau terkuat sikit, ianya amat menyakitkan. Tapi saya bersyukur kerana saya boleh solat seperti biasa...Alhamdulillah. Saya juga pergi membuat checkup utk kanser setiap tahun.

           Memandang arwah apak saya semasa hayatnya menghidap penyakit 3 serangkai tu ia itu sakit jantung, diabetes dan darah tinggi, saya perlu benar2 berhati2 . Saya memang menyampah tengok rancangan Man versus Food di Food Channel. This man is killing himself with horrible foods!


          is he eating or what?



          and he calls this glory..everyone is clapping hands in joy to see him on his way to his grave!



            please, let us not be like this!




@Al Fatihah buat teman2 yg telah mendahului kita .....
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post