The owner
Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.
Old Entries Credits Basecode by Atin Tory . Thanks too by L O V E.
| Tree of Love LOVE atau Cinta ibarat sebiji benih ditanam di dalam tanah yg subur terus disiram dan dibajai hingga keluar dr bumi sebagai pohon yg berputik, berdaun, seterusnya berbunga. Bunga itu terus berkembang segar dan wangi .Namun dalam melalui semua proses ini, pohon ini selalu ditimpa hujan ribut serta adakalanya digigit bahang matahari yg panas terik. Ada juga ketikanya pohon ini terabai...lupa disiram...lupa dibajai...maka terkulai layulah ia...jika terus diabai, layu dan matilah pohon ini...namun jika kita tersedar dari leka sempatlah kita selamatkan pohon ini dengan menyirami dan membajai ia.
LOVE atau cinta yg sebenar2nya adalah cinta kpd Allah yg satu. Tapi malangnya ramai yg tidak mampu mencapai cinta ini 100%. Ini adalah kerana pengabadian kpdNya ditabiri pengabadian manusia kpd perkara2 yg lebih melalaikan & merugikan. Cinta & kasih seorang ibu pula adalah cinta sejati yg tiada berbelah bagi. Seburuk2 mana atau sejahat2 mana anaknya...dia tetap sayang ...a mother's love is unconditional. Kasih ibu membawa ke syurga.
Saya berpegang kuat kpd prinsip ini. Tapi kenapa ada ibu yg tak sayang anaknya? Dibuang ketika bayi, dihalau ketika remaja, disisih ketika dewasa? Ini bagiku adalah kerana hati ibu itu telah dinodai rasukkan syaitan,...syaitan yg sejak mula telah membisikkan kpdnya supaya melakukan perkara terkutuk, membuangkan anak yg terhasil dr nafsu bukan cinta. Kenapa ketika remaja dihalau? Sebab bisikan syaitan yg memujuk sang ibu utk selesaikan masaalah secara mudah bukan selesaikan dgn cinta. Kenapa ketika dewasa disisih? Sebab bisikan syaitan menyuntik hati sang ibu utk membiarkan sang anak sebab menganggap mereka sudah pandai urus diri masing2..namun sang ibu lupa bahawa selagi hayat dikandung badan sang anak tetap merindui cinta dan kasih seorang ibu....
Kepada anak2ku...seburuk mana kamu, sejahat mana kamu, sesilap mana kamu....mama tetap sayang dan kasih sehingga ke nafas mama yg terakhir....
@Love is a many splendor thing....
← Newer Post
Older Post →
|