Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Di antara keghairahan dan kemampuan

       
        Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang penuh barakah. Ia dapat mengelakkan yg bercinta terus hanyut dibawa badai asmara dan tenggelam ditelan noda dan dosa. Namun yg menjadi persoalan sekarang adalah trend berkahwin di usia yg terlalu muda tanpa persediaan mental, fizikal dan keteguhan dan kekukuhan  ekonomi. Saya begitu yakin yg rezeki itu hak Allah utk memberi. Perkahwinan boleh membuka pintu rezeki kpd pasangan yg berkahwin. begitulah impian dan kemahuan setiap pasangan.

         Saya melihat ramai yang masih belajar sudah tergesa2 utk berkahwin. Belajar dan hidup pun atas keihsanan biasiswa dan pinjaman. Makan minum pakai pun ibu bapa yg tanggung. Golongan ini terlalu ghairah utk menjadi ketua keluarga tanpa mengetahui apa dan bagaimankah persediaaan dan tanggungjawabnya.Yang baru dapat sebulan gaji,pun tak lepas bayar sewa rumah, makan sendiri pun terkial2...duit petrol, tol, parking...semua termasuk dlm gaji bulanan. Bagaimanakah nak membela seorang isteri, menyediakan keperluan asasnya dan apa lagi dengan anak2 yg bakal dilahirkan?

         Dengan harga barang yg mendadak naik sekarang ni, lebih menyukarkan keadaan. Sama2lah kita berdoa semoga pasangan2 muda ini dapat melayari bahtera yg belum tahu sampai ke destinasinya. Dalam perjalanan yang pasti terumbang ambing dipukul gelombang dan dan dilambung gelora itu pasti ada masa laut akan tenang...dan ketika itulah pasangan muda ini nampak akan betapa besarnya tanggungjawab berkeluarga seterusnya berusaha utk mencapai objektif perkahwinan itu.

   
          Perkahwinan itu wajib jika pasangan itu sudah bersedia dari segi mental dan ekonomi...
Tapi ianya jatuh haram jika tiada kemampuan lahir dan bathin....Adalah lebih baik berpuasa daripada berkahwin bagi orang yang tidak mampu....Oleh itu bekerja keras dan berusahalah utk menyenangkan keluargamu. Jangan berkahwin kerana nafsu tapi kerana tuntutan agama yg turut memerlukan persediaan. Doa dan tawakkal sahaja tidak memadai. Usaha dulu baru nilai diri anda...adakah anda sudah bersedia?

         Semoga tiada insan yg berasa hati dengan pandangan saya...sebab saya seorang yang berfikiran logik dan realistik.

         Selamat Pengantin Baru kpd semua pengantin yg bakal menaikki pelamin. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan yang berpanjangan....amin
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post