Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

The Road to Istanbul-Looking for Omar

          Buat sekian kalinya, saya dgn bertemankan anak bongsu saya Ina, berkembara ke Turki atau Turkiye kata orang sana. Kembara ini sangat dinanti2kan terutama Ina yg baru aje selesai PMR nya.Kami mengikuti pakej Poto Travel.
     
         Penerbangan dari KLIA  ke Istanbul adalah pada pukul 12.30 pagi 19 Oktober 2013. Setelah selesai check in saya pun memasukki departure hall utk menunggu masa menaiki pesawat. Penerbangan masih lambat lagi lebih kurang satu jam setengah lagi. Saya pun duduk di kerusi sebelah anak saya. Sebaik saya duduk, seorang anak muda lelaki melayu duduk selang satu kerusi dengan saya. Kerusi antara kami dibiarkan kosong. Dia terus tersenyum lebar sambil sedikit tunduk tanda hormat kpd seorang yg lebih tua. Saya membalas senyumannya. Dia seorang yg bertubuh sederhana kecil, berkulit hitam manis. Rupa parasnya sangat kemas dan handsome. Pakaiannya juga sangat kemas dan kelihatan bergaya sesuai dgn usianya. Terus dia pusingkan sedikit tubuhnya mengadap saya. Dia memulakan perbualan.
         "Aunty nak jalan2 ke Turki ke?" dia bertanya.
         "Ya" saya menjawab.
         "Pergi dlm group ya?" dia bertanya lagi
         " Ya" saya menjawab lagi.
     
        Selepas itu dia bertanya berbagai soalan tentang kembara saya ke Istanbul ini. Tapi tak tau kenapa, saya rasa sangat selesa berbual dengannya. Saya kagum sebab biasanya orang muda sepertinya hanya akan duduk main handphone chatting atau main games. Pastikan dia tidak akan melayan apa lagi menyapa orang tua seperti saya. Dia langsung tidak mengeluarkan handphonenya.
     
         Dia mengenalkan dirinya kepada saya sebagai Omar. Dia berusia 20 tahun dan sedang belajar di University Ekeishier di Turki dalam bidang Psikologi. Perbualan kami berkisar tentang pelajarannya dan saya juga banyak bertanya tentang diri dan keluarganya. Dia masih dalam tahun pertama tetapi sudah 2 kali pulang ke Malaysia. Semakin dia berbual semakin banyak saya tangkap kebijaksanaanya. Dia sangat brilliant dalam menyampaikan isi perbualan terutama tentang pendidikan anak2.
       
          Sebelum saya mengenalkan diri saya, saya terkejut bila dia bertanya,
         "Boleh saya tanya aunty, aunty sebagai guru atau guru besar, bagaimana aunty didik anak2 aunty?"
Eh! Macam mana dia tau saya guru atau guru besar? Ke dia tembak aje? Tak mungkinlah...
         "Eh, mana Omar tau saya guru atau Guru Besar?" saya bertanya
     
         Dia hanya tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yg rapi dan putih bersih. Dia tidak menjawab soalan saya tapi terus berbual dengan saya. Saya berkongsi pengalaman mendidik anak2 dengannya. Saya juga mengambil kesempatan menilai diri saya ketika menjawab soalan2nya. Dia juga sangat acceptive dengan pandangan saya. Saya rasa seolah2 saya student dia...ada kala malu dengan diri sendiri...ada kala bangga sedikit dengan pencapaian saya. Ada kala saya termenung sejenak memikirkan apa yg dia katakan. This boy is so young yet brilliant! Anak siapalah ni? Soalan2 dan intipati perbualan kami tidak layak rasanya anak semuda ini mampu perbualkan. Beliau mempunyai capabiliti yg tinggi mengatasi usianya.
 
         Dia juga berpesan kpd saya kalau saya ke Ekeishier dia akan bawa saya city tour sebab dia salah seorang wakil student Malaysia yang selalu bawa pelawat Malaysia termasuk kenamaan untuk city tour.
     
        Bila saya tanya tentang keluarganya, dia cakap keluarganya biasa2 aje seolah2 dia tidak mau bermegah...tapi saya dapat rasa dia anak somebody. Dia kata dia berasal dari Sabah tapi menetap di Kuala Lumpur sekarang. Senyum manisnya tak pernah lekang sepanjang perbualan kami dan matanya memandang mata saya dengan tepat bila berbual. Itu tandanya betapa hormatnya seorang anak muda bila berbual dengan orang tua. Apa lagi dengan budi bahasanya.

        Sampailah masa utk memasukki pesawat. Dia gesture dengan tangannya mempersilakan saya bangun utk berbaris. Setelah masuk pesawat kami berada tidak jauh tapi perjalanan yg mengambil masa 10 jam itu amat memenatkan. Kebanyakkan masa semua penumpang tidor sahaja. Setibanya pesawat di Istanbul kami pun mengisut keluar pesawat. Saya lalui di tepi kerusinya, sekali lagi dia senyum dan angkat tangan kepada saya dan sama2 kami berkata "Jumpa lagi."

        Saya memang kagum dengan anak muda yang bernama Omar ini. Perbualan satu jam dengannya rasa seperti 10 minit sahaja. Saya memang sangat mengagumi dan menghormati anak2 muda yang bijak, berbudi bahasa dan hormat kpd orang tua. Kepada kamu Omar, saya masih banyak perlu belajar daripada kamu. Where ever you are Omar, I pray that Allah will always take care of you and may one day you be a good leader  and example to the young generation.





@ If only my country has lots and lots of youngsters of this kind.....
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post