Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Best Friends Rendezvous

 

Best friend bukan beerti 
jumpa setiap hari
call setiap hari
keluar sama2 setiap hari

Best friend beerti
jumpa sesekali
call sesekali
keluar sama2 sesekali

Yg paling penting
pandai menjaga hati
tidak membesar diri
sayang sampai mati....


      Pada hari Isnin 9 Disember 2013 adalah hari yg sangat  bermakna buat diriku dan sahabat sejatiku Zainab Wahab yang aku kenali sejak tahun 1978 ia itu 35 tahun lamanya, semasa kami sama2 memasukki kolej perguruan MPSI Tanjung Malim. Dulu kami pernah merancang utk bertemu utk jangka masa yg lebih panjang supaya kami dapat masa yg berkualiti utk bercerita kisah2 lama tapi masa amat mencemburui kami, ada saja halangan yg membuatkan kami tidak dapat merancang utk bertemu. Saya percaya kalau kita bersungguh2 merancang selalunya semua perancangan itu hanya tinggal perancangan tapi kalau kita buat aje terus tanpa dirancang, pasti ianya menjadi. so, saya terus contact Zainab dan kami mulakan misi kami.

ini foto kami berdua ketika tahun 1978 di MPSI

ini foto pertemuan kami  9 Disember 2013

     Tempat pertemuan kami adalah di Hotel Royale Bintang The Curve. Pada hari tersebut Zainab ada program utk guru2 pencen di PPD Ulu Langat. jadi saya checkin hotel dulu dan relax2. Saya sudah tak sabar nak jumpa best friend ku ini. Zainab seorang yg sangat witty, jovial and always has a lot to say and tell. Suara dia, gaya dia bercakap sikit tak ada bezanya daripada zaman kolej lagi. Itu yang membuat saya rasa selesa dengan dia. Bila bercakap dengan dia saya rasa macam saya bercakap dengan dia 35 tahun yang lalu.

Zainab ceria mecuba telekung yg saya hadiahkan

foto2 lama kami 3 sahabat semasa di kolej Zainab, Tim and Habib


     Kami menghabiskan quality time yg singkat  kami itu dengan keluar makan, bercerita dan  meluahkan perasaan hati kami, mengingat kembali kisah lama kami di kolej yg meruntun perasaan bila dikenangkan yg ianya tak akan kembali lagi..sob...sob...yet we laughed over almost everything...
     Thank you my dearest best friend Zainab...teman yg tidak pernah sekalipun menggores hati dan perasaanku...malah menabur bunga2 indah dan wangi dalam hatiku sentiasa...Love u my dear...

     Till we meet again my dear...

0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post