Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Kiriman dari Allah...


         Setiap 20 Februari saya akan ingat akan pertemuan aneh saya dengan Muhammad Afdhal anak angkat saya dari Jambi Indonesia. Biasanya kita dengar banyak pertemuan di alam maya ini berakhir dengan penipuan. Sama ada penipuan berbentuk rompakan maya atau rompakan perasaan dan kepercayaan. Pada mulanya memang pasti ada keraguan di hati. Tetapi Allah itu maha berkuasa. Tidak sedetikpun perasaan saya curiga kepadanya. Kini sudah 4 tahun kami mengenali hati budi serta mengenali secara personal. Afdhal sudah 2 kali datang ke rumah saya.Setelah banyak perkongsian pandangan, idea dan bahas berbagai topik, anak ini telah banyak mengajar saya tentang apa yang sebenarnya kita cari di dunia ini utk bekalan kelak di akhirat nanti. Allah hantarkn dia kpd saya sebagai media menyedarkan saya, mendidik saya dan muhasabahkan saya. Kini saya anggap Afdhal anak saya. Anak Sulaiman dan Ramzia dari Jambi yang berjaya membawa kebaikkan kepada kami sekeluarga.

        Kini rumahku semakin hangat dengan bacaan AlQuran dan solat berjemaah hingga saya membina satu ruang solat khas utk keluarga. Hati ini juga terbuka lebih luas utk kerja2 amal dan sukarela utk membantu golongan yang kurang dari diri ini...memberi dan terus memberi tanpa meminta balasan kerana percaya akan balasan di akhirat nanti. Kerana sifatnya yang sangat sabar banyak mengajar saya menjadi orang yg lebih tenang.

 Muhammad Afdhal bin Sulaiman Ibrahim

dua orang anak lelaki saya Zafrul dan Afdhal

foto pertemuan kali pertama Julai 2012 ketika tiba dari Cairo

membaca di library rumahku
bertemu Mak Andak(Ainun) kakak saya

berbuka puasa di rumah abang Zafrul

mengikut saya ke sekolah SK Sri Layang Genting Highlands

semasa nak pulang ke Indonesia

di KLIA semasa nk kembali menyambung kuliah di Universiti Al Azhar Cairo Egypt
sedih...entah bila akan bertemu lagi...


       Kepada ibu bapa diluar sana, jangan takut utk menerima insan yg Allah telah hantar dan tentukan utk bersama kita...kerana kehadirannya kadangkala membawa seribu rahmat kepada kehidupan kita...InsyaAllah...
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post