Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Perginya seorang pendidik...


      Apabila ibuku yg amat ku kasihi Hjh Wok Jamilah bt Yunus  kembali ke rahmatullah...kembali kepada yg esa...hatiku remuk redam bak dihiris sembilu. Hanya Allah yang tahu betapa sukarnya perasaanku ketika itu. Aku redha dengan pemergiannya namun aku akui bukan sesuatu yang mudah utk aku teruskan hidup tanpa separuh nyawaku..ia itu ibuku. Sesuatu yg sangat indah ketika jenazah ibuku diurus adalah, ramai bekas anak2 muridnya yg berebut2 utk membantu mengurus jenazah guru mereka yg dikasihi. Untungnya ibuku menjadi seorang guru kerana dia mempunyai terlalu ramai 'anak'...anak murid. Hingga yg mendahului bacaan talkin adalah bekas muridnya ia itu Encik Ahmad Termizi Abu Bakar yg bertugas di PPD Bentong. Dia juga mengepalai tahlil selama 3 malam. Arwah ibuku sangat dikenali di kalangan murid2nya sebagai seorang guru yg sangat lemah lembut dgn murid2nya.
     
         Dalam beberapa minggu selepas ibuku meninggalkan aku....di saat aku sangat merinduinya...aku berfikir bagaimanakah aku nak mengingati saat2 akhir menatap jenazah ibuku sebelum dia di tempatkan di pusara. Tiba2 satu kiriman sampai ke facebook ku. Allah mendengar doa hati anak ini  yg pilu akan kehilangan ibunya. Kiriman itu datangnya dari seorang kenalan yg juga merupakan bekas anak murid ibu ku ia itu Safidin Nordin. Dia menghantar kpd ku foto2 ini yg akan ku simpan sebagai kenangan abadi selama2nya. Bila menatap foto2 ini ianya bukan sekadar menjadi teduhan rinduku kepada ibuku tapi juga memberi keinsafan yg sangat mendalam kepada diriku ini sebagai insan yg sangat kerdil di sisi Allah SWT...

Alfatihah buat ibuku tersayang...semoga ibu damai di sana...aku rindu utk bertemu mu wahai ibuku...
Ya Allah...temukanlah aku dan ibuku di syurga nanti...aminn

Perginya seorang pendidik...
jenazah ibuku diusung oleh anak cucu dan kaum keluarga ke tanah perkuburan di hadapan rumah saya

memasukki pintu pagar perkuburan


ditengah berbaju biru adalah Encik Termizi bekas murid ibuku yg membacakan talkin

abangku yang sulong Muhammad Yusof








Semoga Allah tingkatkan iman dan taqwa kita sehingga dipermudahkan segala urusan perjalanan kita pula nanti...InsyaAllah
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post