Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Cinta Pos Betau

   
     Pos Betau terletak berdekatan dengan Sungai Koyan ia itu jalan menghala ke Kuala Lipis Pahang. Ia adalah sebuah penempatan orang asli kaum Semai. Kawan semasa saya sekolah menengah ia itu Halimi Hassan mengurus sebuah ecolife basecamp di sana. Basecamp yang terletak di tepi Sungai Betau itu membawa seribu makna kepada kaum Semai di situ.
     Di situ juga lah semakin ramai orang asli Semai yg asalnya tidak mempunyai agama telah memeluk Islam. Kini tempat itu menjadi tempat kaum Semai Islam belajar agama. Bagi saya di sinilah kesempatan utk menghulurkan bantuan seberapa yg saya mampu dan saya sangat tenang bila berada di sana. Setiap hari Selasa kelas fardhu ain dan mengaji diadakan.

anak2 Semai islam datang bersama ibu bapa yang belajar agama setiap Selasa..kadang2 saya melayan merek bercerita dan bertanya tentang kehidupan dan amalan mereka sambil mengajar serba sedikit tentang kebersihan diri

anak2 belajar mengaji dengan Tengku Salmah rakan ku...walaupun rakanku ini sedang sakit , dia gagahkan diri datang dari Kuala Lumpur bersama2 suami dan anaknya hampir setiap minggu utk membantu


saya bersama seorang anak gadis cilik semai yg comel...anak ini sangat bersih, wangi dan rapi rambut dan pakaiannya...serta manja...hehe


selepas kelas agama mereka dijamu dengan makanan yg enak yang dimasak oleh Bo isteri Halimi yang memang hebat pandai memasak...mereka happy sangat sebab mereka dapat makan enak sekali seminggu...kami tolong sendukkan makanan utk mereka...

mengaminkan doa sebelum anak2 memulakan kelas mengaji

lihatlah...inilah sumbangan orang ramai utk jamuan makan setiap minggu...Hanya Allah akan membalas budi sang penderma

sumbangan pakaian terpakai serta beg, kasut,permainan kanak2 menjadi pilihan 

dengan tertib mereka memilih..tidak berebut pun...very well disciplined..

sekumpulan pelajar university singgah utk bertanya khabar

anak2 semai comel berposing di tepi sungai betau yg sangat damai dan bersih...



camping kat basecamp

the serene betau river

antara aktiviti di Betau...bamboo rafting




sewang selamat datang from the locals

aktiviti memancing

saya bersama kakak dan adik bermalam di betau..kami sedang menunggu waktu solat isya'...banyak buku2 utk dibaca...betau tdk membosankan...

kami tidor di camping bed dlm rumah campbase...rasa mcm zaman budak2 camping...

semasa jamuan sambutan hari raya

Pos Betau sentiasa melambai2 akan kehadiran kami..Setiap kali saya ke sana, saya merasa satu kepuasan ia itu kepuasan hati..dapat membantu dan menolong demi syiar Islam.
.I love Pos Betau....


See you soon!










0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post