Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

bila ibuku bercerita...

   

      Dalam mengenang arwah ibuku, saya selalu teringat cerita2 yg selalu dia ceritakan kepada saya dan adik beradik saya semasa kami kecil hinggalah kami dewasa. Cerita2 ini sering diulangtayang berkali2 itu yg membuat saya sangat ingat akan intipati ceritanya. Berikut adalah beberapa kisah benar yg pernah diceritakan oleh arwah emak yang akan saya ingat sampai bila2...

Mak cerita....
Wan Som..nenek saya:
Zaman Jepun di Kerdau...
     Mak ckp wan saya dan atuk saya berasal dari Jambi Sumatera Indonesia. Wan adalah seorang yg sangat cekal tapi penyayang dan sangat lemah lembut tutur katanya. Suaminya ia itu atok saya meninggal ketika emak saya masih dalam 40 hari usianya. Wan Som membesar beberapa orang anaknya yg lain drpd suami terdahulu secara sendirian. Dia menguruskan sawah padi hingga dpt memberi anak2nya makan nasi tanpa putus beras. Semasa zaman Jepun, askar Jepun suka merampas beras dan bahan makanan drpd orang kampung tetapi mereka tk pernah diganggu. Semasa rakyat menderita makan pisang dan ubi kayu mengganti nasi, wan saya bersama anak2nya tak pernah putus beras. Pernah kerap kali bila nak masak lauk daging, dagingnya sgt sedikit berbanding dgn mulut anak2 yg nak makan...pasti tdk mencukupi. Tapi yg anehnya, lagi lauk daging itu dimakan lagi banyak baki yang ada...

Kejar hantu...
     Wan Som seorang yg sangat kuat dan berani. Sebagai ibu tunggal dialah yg mencari rezeki serta menjaga keselamatan anak2nya. Harimau adalah binatang yg biasa buat lawatan tengah malam ke rumah2 orang kerdau masa itu. Wan Som dh biasa dgn ngauman rimau di bawah rumahnya. Satu malam tu bukan pak belang yg datang tapi benda lain. Wan nampak satu lembaga yg sudah beberapa malam berdiri dekat pokok pisang dan  memandang ke rumahnya. Wan tau itu bukan orang tapi hantu. Dengan berani dan marahnya sebab menakutkan anak2nya Wan mencapai sebilah parang tak bertangkai...katanya petua..hantu takut pada parang tak bertangkai. Dia dgn beraninya turun tangga dan mengejar hantu itu hingga lesap di kawasan perkuburan.

inilah agaknya rupa hantu yang dihambat oleh Wan Som saya...

       Inilah sahaja dua cerita tentang wan saya dalam mengenalinya. Wan meninggal dunia tahun 1950 di tanah suci Makkah ketika mengerjakan haji.

Mak cerita lagi...

Buaya putih...
     Semasa mak kecil dia mempunyai kakak umur sepuluh tahun yg sangat sayang dia. Kakaknya berkulit putih dan sgt cantik. Satu hari mereka turun ke Sungai Pahang utk mandi manda. Ketika itu paip air tak ada jadi sungai tulah tempat mandinya. Mak masih ingat yg kakaknya meletakkan dia di atas rakit dan kakaknya terus terjun ke dalam sungai. Kakaknya itu sangat pandai berenang. Setelah beberapa ketika kakaknya hilang dari pandangan. Kanak2 lain menjerit2 kerana nampak kakaknya tenggelam timbul dan terus hilang. Seluruh penduduk kampung dgn bantuan polis bertungkus lumus mencari kakaknya. Tiba2 kelihatan seekor buaya putih timbul dgn mengangkat bahagian tangan kakaknya! Ketika itu dgn jelas kelihatan cincin batu delima merah masih tersarung di jari kakaknya. Kemudian buaya itu terus membenamkn dirinya dlm air Sungai Pahang bersama2 kakanya. Maka berkuburlah kakaknya di Sungai Pahang itu.

inilah agaknya rupa buaya putih yg melarikan arwah emak saudara saya...

Orang bunian...
      Ada satu keluarga orang bunian tinggal di kerdau ketika itu. Keluarga bunian ini sangat menyendiri namun mereka sangat baik dgn orang kampung. Mereka mempunyai sangat banyk pinggan mangkuk dan periuk belanga. Mereka selalu meminjamkan pinggan mangkuk mereka kpd orang kampung jika mereka ada kenduri kendara. Tapi dgn satu syarat...ia tu jika yg meminjam memecahkan pinggan mereka, pinggan itu perlu diganti. Pada satu ketika itu seorang peminjam memulangkan pinggan mangkuk mereka tanpa menggantikan pinggan yg pecah. Pada keesokkan harinya keluarga bunian ini terus menghilangkan diri hingga rumahnya kosong tdk ada tinggal sebijik pun pinggan mangkuk. Katanya memang pantang orang bunian kalau peminjam tidak mengganti pinggan merka yg pecah...mereka akan merajuk....

     Kalau ada lagi cerita yg saya ingat saya akan tambah kat sini...enjoy reading ok....

0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post