Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Pinggan Plastik Pinggan Kaca

         Assalamualaikum semua...dah lama dah saya tak update blog..tapi malam ni rasa nak cerita sikit tentang pinggan. Apahal pulak dengan pinggan ni? Pinggan adalah satu bekas utk meletak makanan utk dimakan atau diberi makan. Pinggan juga menjadi simbol kpd keriakkan dan keegoan manusia. Riak dan ego? Macam mana tu?

         Masa zaman saya kanak2 dulu adik beradik saya ramai. Walaupun emak ayah saya bekerja kerajaan dan mereka mampu membeli pinggan kaca  utk makan tapi tak dinafikan kami juga merasa makan dalam pinggan plastik dan pinggan anyan. Memang pinggan plastik itu tidak berapa bagus digunakan utk makanan yg terlampau panas kerana ia akan memberi kesan yg negatif dr segi saintifiknya. Pinggan anyan juga tdk bagus sebab ianya besi yg bercat dan mudah longkah catnya serta berkarat. Namun kami bersyukur kerana dengan makan dalam pinggan plastik dan pinggan anyan lah dpt mengajar kami tentang saat2 sukar kami dan juga merasaai kesukaran keluarga yg miskin yg tidak mampu menyediakan pinggan kaca utk keluarga mereka. Anak2 orang miskin yg seumur hidup berpinggankan pinggan plastik atau anyan serta makan nasi dan kicap aje... berlambak2 dah jadi orang2 yg berjaya di dunia ni.

Pinggan kaca peninggalan arwah ibu saya bercorak bunga kangkung begini...


          Saya berasa tersentap bila ada sesaorang tu meluahkan rasa terhinanya dia jika dia dihidangkan makanan dalam pinggan plastik. Kucing2 peliharaaannya dikatakan lebih mulia kerana diberi makanan dalam pinggan kaca. Bagaimana pulak kalau dijemput ke kenduri kendara? Sekarang ni kenduri kendara semuanya guna pinggan plastik melamin atau polisterin. Adakah kerana pinggan plastik kita tidak dapat menghadirkan diri? Manusia ini mengutuk habis2an tentang bodohnya kita2 ni kerana suka makan di kedai mamak yg menggunakan pinggan plastik utk customer. Katanya kalaulah kucingnya boleh berckap, pasti kucingnya berkata kpd tokey mamak tu..."Saya lebih mulia drpd customer kamu sebab tuan saya beri saya makan dalam pinggan kaca".

Pinggan kaca yg mahal dan cantik begini memang saya tiada...

           Usahlah kita terlalu sombong dan angkuh. Habis tu kalau ada jemputan kenduri kendara oleh jiran2 atau komuniti...bagaimana? Tak kn lah nak bawak pinggan kaca dan cawan kaca sendiri ke kenduri tu kot..atau duduk aje kat rumah tak campur dgn komuniti setempat.
Allahu Robbi...ampunkanlah dosa kami semua....jauhkan kami drpd sikap yg begini.



@ Pinggan yg cantik hendaklah digunakan utk keluarga, suami dan anak makan...jgn jadikan hiasan dlm almari...Nasihat Allahyarhamah Tan Sri Fatimah Hashim...


0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post