Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Anak kecil di hujung usia...


          Dalam meniti hari...mengorak langkah menuju usia yg semakin byk jumlahnya, banyak yg saya fikirkan. Tak perlu saya cari, ia datang dengan sendiri. Salah satu adalah saya dan anda semua pasti akui bahawa di dalam diri kita yg semakin berusia...kita sebenarnya mempunyai satu sifat. Ia itu sifat 'anak kecil'. Sifat ini adalah seperti seorang anak kecil yg inginkan pujian... inginkan pujukan... inginkan penghargaan...inginkan perhatian...inginkan kemanjaan. Memanglah perangai ini sangat tidak sesuai dgn keinginan seorang yg sudah tua. Tetapi, sebenarnya orang tua adalah anak kecil di hujung usia. Apa yg dibuat oleh anak2 kecil itulah yg dibuat oleh orang tua. Kuat merajuk, mudah menangis, asyik bertanya soalan berulang2, degil, tak boleh makan makanan keras2...dan akhirnya pakai pampers!

          Semasa saya menjadi Guru Besar, saya mengalami cuitan perasaan dgn beberapa orang guru saya. Mereka sangat inginkan pujian dan penghargaan. memanglah saya sangat menghargai guru2 saya yg rajin mengajar dan berkerja. Malah dalam meeting guru pun saya sentiasa ucapkan terima kasih kpd mereka secara umum. Tapi hati mereka tak puas. Mereka inginkan pujian yg personal...penghargaan yg personal. Tapi siapa yg nak mengaku mereka nakkan pujian dan penghargaan? Malu lah weh! Saya sangat2 memahami dan bila ada kesempatan saya akn puji mereka personally tanpa mengecilkan hati individu yg lain.

          Anak2 kita pun kadang2 memang dah faham kerenah kita sebagai ibu bapa. Sebab kita juga ada ibu bapa walaupun mereka sudah meninggal dunia. Saya masih ingat ketika ibu saya sudah sangat tua, dia ingin saya sentiasa duduk tepi katilnya, menemaninya. Walaupun sepuluh kali dia tanya soalan yg sama saya layan aje. Saya juga suap nasi bubur dan tukarkan pampersnya...betul2 mcm anak kecil.

          Saya juga mempunyai sifat 'anak kecil' dgn anak2 sedara, kakak2 ,abang2,...bila dah lama tak dengar berita atau jumpa mereka..saya mula rasa nak merajuk, kecil hati, rasa diri sudah tidak dipedulikan. Sebenarnya realitnya tidak begitu tapi sifat 'anak kecil' yg nakal ada dalam diri kita ini yg jadikan ia begitu.

          Cuba anda sebagai anak2 muda sesekali angkatkan  dan titipkan ucapan dan penghargaan kepada orang2 yg kamu sayang terutama orang tua, yg telah banyak berjasa kepada kamu, yg sangat menyayangi kamu. Ini kalau di facebook dan lain2... anak2 muda sibuk memuji dan menghargai boyfriend, girlfriend, pemimpin, bakal mertua, boss...Kenapa tidak ucapkan penghargaan anda kepada ibu bapa, nenek, atuk, ibu atau bapa angkat, suami, isteri? Letaklah foto mereka dan ungkapkan kata2 penghargaan kpd mereka. Ianya tidak salah sama sekali. Ianya membantu anak2 muda menjadi insan yg rendah diri. Kelemahan manusia adalah malu utk memuji dan menghargai orang2 yg banyak berjasa dalam hidup kita. Nanti bila kamu tua nanti 'anak kecil' yang ada dalam diri kamu akan meronta2 ingin dibelai!

             Akhir kata ...kita semua tidak boleh lari dari sifat 'anak kecil' yang sentiasa mengikuti hati dan jiwa kita.  Dan yang pasti 'anak kecil' ini akan jadi  semakin nakal bila kita semakin tua. Macam2 dia mau nanti...You just wait....One day you'll grow old...then you'll know...

0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post