Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Bersedekah itu RIAK?


Assalamualaikum semua...

        Masih belum terlambat utk mengucapkan Selamat hari raya ..maaf zahir dan bathin. semoga ibadah kita sepanjang Ramadhan di terima dan diberkati Allah. Dalam kita menyambut Syawal bulan kemenangan, sudah pasti makanan lah yg menjadi item atau keutamaan. Saya bukan nak beri ceramah ok..tapi saya nak berkongsi cerita.
        Setiap kali menyambut hari raya, saya dan keluarga adalah insan yg paling bahagia di mata kami sendiri. Kerana setiap tahun sejak saya duduk di Bentong ia itu mulai tahun 1988, rumah saya adalah tempat berkumpulnya adik beradik, anak2 saudara sampailah ke cucu2 saudara yg memang tersangat ramai. Mungkinkah rumah kami ada aura yg istimewa..hehe.. Bagi saya sebenarnya tarikan itu terletak pd kami yg memang sayangkan keluarga dan memujuk selera mereka dgn makanan yg enak2. Saya memang suka memasak dan memberi keluarga dan sahabat2 makan.

saya dan suami di laman rumah kami pd hari raya 

sahabat baik kami Halimi dan istri dtg beraya

keluarga bakal besan dari Kajang juga datang berziarah

keluarga besan dari Melaka datang beraya

     Saya mempunyai prinsip yg tinggi tentang istilah bersedekah. Bersedekah harta, masa, tenaga, makanan malah senyuman, walaupun sedikit ia membawa impak yg sgt besar pd diri saya. Ini bukan soal RIAK
tapi soalnya IKHLAS. Allah maha mengetahui. DIA amat mengetahui apa nawaitu saya sekeluarga. Apa pandangan orang lain tentang niat kami tidak penting. Allah sudah cukup bagi kami. Hari Raya atau kenduri kendara yg kami adakan utk memberi makan kepada keluarga dan tetamu adalah sedekah yg sangat tulus ikhlas dari hati  kami. Kami happy bila lihat orang tersenyum kekenyangan.

Ho Pau Lin best friend saya ketika sekolah rendah menziarah saya di hari raya bersama familynya


keluarga kami ...anak kedua tak de dalam foto sb beraya rumah mertua

anak2 saudara kesayanganku...

Sebuah cerita benar yg saya alami yg harus di teladani dan disempadani....

       Apabila seorang jemputan ke majlis kenduri rumah saya menulis artikel di facebooknya tentang kenduri kendara yang menghentam terang terangan kenduri akiqah cucu saya pada bulan April lalu...ia amat melukakan hati saya. Walaupun dia tidak menyebut nama kami tapi jelas artikel itu ditulis sebaik selesai kenduri di rumah saya. Dia menyatakan kami RIAK sebab menyediakan berbagai jenis makanan. Dia membilang dan menyebut tentang hidangan2 saya. Apakah dosa saya sekeluarga kepadanya?? Saya menjemput dia sekeluarga supaya silaturrahim antara kami lebih erat serta dapat sama2 berkongsi menikmati rezeki yg Allah kurniakan kepada kami. Saya sangat sedih.Tapi bila saya sedih...Allah bisikkan kesabaran ke hati saya...Allah tiupkan keimanan ke dalam hati saya. Saya beristighfar banyak2 dan memaafkan nya. Apa saja isi artikel yg ditulisnya sebenarnya mengajar saya mengenali jenis2 manusia dengan lebih mendalam.

         Saya memang seorang yg sgt sensitif tentang makan, makanan dan memberi makan. Kalau saya digelar RIAK kerana memberi orang makan...apa pulak gelaran kepada orang yg menjemput orang makan ke rumah ketika bulan Syawal tetapi tetamu2nya didera dan disiksa dengan hanya mendapat jamuan mee goreng dua urat seorang??!!Penulis artikel saiko(phsyco) ini hanya tahu menghentam orang lain sj tapi tanpa disedari dalam menunding  jari telunjuknya kepada orang lain 4 jarinya menunding ke diri sendiri. Apakah hukumnya apabila dia membuat tetamunya begini? Kronologi yg harus  dilalui oleh tetamunya adalah seperti berikut:

Pertama:  
Tetamu dicanang oleh tuan rumah dgn kehebatannya memasak mee goreng
Kedua  :   
Tetamu terpaksa menunggu tak kurang dr 1 jam utk merasai mee gorengnya
 Ketiga  :   
 Betapa sedih dan hancurnya hati tetamu dan anak2 mereka apabila akhirnya mereka hanya                 dihidangkan sepinggan kecil mee goreng yg layak dimakan oleh 2 orang shj itu pun kalau anak2nya tdk datang ke meja bawak sudu dan pinggan utk minta mee disediakan utk tetamu itu.

         Anak2 tetamu cemek2 muka merengek2 nak mee. Mak2 dah mula cubit2 anak2 supaya bersabar. Tetamu2 jadi serba salah utk mengambil mee tu. Banyak mana harusku ambil?? Bagaimana harusku ambil?? Akhirnya keluarga2 tetamu ambil 2 urat seorang mee sebagai syarat. Mereka pulang kelaparan dan ada yg menyinggah kedai mamak utk mengisi perut mereka yg sudah berkeroncong. Satu pengajaran yg hebat saya pelajari dari pengalaman ini sebab saya juga sudah terkena. Dan sungguh ramai yg terkena hingga istilah "mee 2 urat" sudah dikenali ramai. Jadi janganlah begitu mudah menuduh orang lain RIAK dan sebagainya.

           Nasihat orang tua2...kalau menjemput tetamu ke rumah ..lauk habis tak apa tapi jangan nasik tak cukup. Nasik masih boleh dimakan dgn kuah..boleh makan dgn kicap..tapi kalau ada kuah tak de nasik ...bagaimana kita nak makan? Nk makan kuah aje?...nak makan kicap aje?

           Mohon Allah jauhi hati kami dari sifat2 mempermainkan selera orang. Mohon Allah ampuni dosa saya berkongsi cerita ini. Demi Allah tidak ada niat nak memburukkan sesiapa tapi sekadar peringatan kepada kita semua. Kepada anak2 diluar sana ...apa saya cerita ini ...yg baik jadikan teladan dan yg buruk jadikan sempadan.
           Jika ingin bersedekah makan kepada tetamu pastikan iaanya makanan yg bersih, halal, enak dan yg mencukupi hingga tetamu kita puas dan kenyang. Ini dituntut dalam agama kita.

Lagi banyak kita memberi lagi luas pintu rezeki Allah bukakan utk kita......
Wallahua'lam....
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post