Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Kembara Italy France-Rome & Florence


         Setiap kali saya nak kembara ke luar negara saya ingin suami saya turut bersama tapi malangnya hanya cuti sekolah yg boleh memberinya ruang utk pergi bersama. Baru2 ini kesempatan bercuti bersama dapat dilaksanakan. Kami ke Italy dan selatan France French Reviera pd 28 May hingga 7 Jun. Perjalanan kami selama 6 1/2 jam ke Dubai utk transit selama 4 jam. Selepas itu lagi 6 1/2 jam ke Rome Italy. Perasaan rindu pd tanahair tercinta Malaysia terus terasa sebaik sampai di Fumicino Airport di Rome. Ini adalah kerana service imegresen yg sgt buruk jauh berbanding dgn imigresen Malaysia yg sgt efisyen. Nak cop passport pun mengambil masa yg sgt lama sehinggakan soft protes  berlaku. Seorang penumpang yg beratur menepuk tangannya berulang kali tanda protes hingga ramai yg mengikuti jejaknya. Seminit selepas itu terus laju pergerakkan barisan penumpang. Pegawai imigresen tu mengecop pasport saya tanpa melihat pun passport tu..mungkin hot nak marah agaknya!..hehehe

Day 1 & 2-Rome(Roma)
         Tempat pertama yg kami singgah dlm perjalanan ke Hotel Vintage tempat penginapan kami di Rome adalah Castell Romano Outlet. Pada keesokkan harinya kami meronda kota Rome.

transit di Dubai selama 4 jam..cantik sangat airport Dubai

Shopping sikit2 di Castell Romano Outlet...itu fossil dinasaur yg original tu...

Vatican City & Museum Vatican di Rome
Vatican City adalah pusat terbesar agama kristian di dunia. Walaupun kami masuk hingga ke dalam Sistine Chapel dn dpt melihat sendiri lukisan siling oleh Michealangelo...tapi iman kami tetap kuat dan kukuh...sedikit pun tak rasa apa2. Vatican City ni hanya gah dgn patung2 dan painting2 yg menakjubkan..itu ajelah yg memberi keyakinan kpd pengikutnya.

sculpture di Vatican City lawn yg bertajuk Difficulty in Difficulty

hiasan siling Vatican Museum

Coloseum yg terkenal dgn pertarungan nyawa antara binatang atau hamba abdi melawan gladiators...salah satu mesti mati...


bangunan pusat kerajaan Italy

Day 3- Florence(Firenze)
          Dr Rome kami bertolak ke Florence atau Firenze ia itu 3 jam perjalanan. Kami singgah di sebuah kilang barangan kulit yg sangat berkualiti.Rembat satu handbag kulit...aduh Euro246 terbang... Kami meronda kota Florence.
proses handmade handbags

kulit lembu yg sgt berkualiti

patung replika David oleh Michealangelo...
yg original ada di museum tak boleh kena hujan panas sb dh sgt2 fragile...retak menunggu belah aje...

seni jalanan

Italy mmg terkenal dgn ukiran patung2nya..setiap patung mempunyai ceritanya tersendiri..kalau ke Italy kita tak boleh pelik dan rasa janggal bila nampak merata2 patung2 nude ni...dah Italy mmg begitu...


City of Dante

restoran arab ...halal..dpt carbonara yg sgt delicious...

Lepas makan jalan hampir 3 kilometre balik ke bas...bagus juga bakar calorie...hehe
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post