Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Alkisah Jamban



      Saya pasti ramai yg terkejut dengan tajuk entry saya kali ini. Pasti ada yg marah2 sebab  Jamban adalah satu tempat yang kotor. Pendapat ini adalah  pendapat mereka yang hanya ingat najis aje bila sebut jamban. Saya terpanggil utk menulis kisah jamban ni sebab saya nak kita semua berfikiran out of the box tentang jamban ni.

       Semasa saya kecil dalam tahun 1960'an, kami sekeluarga tinggal di rumah kerajaan sebab apak saya bekerja sebagai veterinarian atau doktor haiwan. Masa itu rumah kami hanya ada satu jamban yg terletak di luar rumah tapi masih dalam lingkungan pagar dalam kawasan rumah. Jamban tu berbentuk rumah kecik berdinding dan bertangga batu. Di bawah lubang pembuangan najis terdapat satu tong besar. Proses pembuangan najis di zaman itu sangatlah 'no problem' sebab sudah begitu keadaan di zaman itu. Kalau difikirkan pada zaman sekarang, amatlah meloyakan dan tidak hygienic. Tapi kami survived dengan jamban yg sebegitu.


Inilah rupa contoh jamban rumah kerajaan yg kami diami di Chamang

          Setiap awal subuh dalam pukul 5 pagi, seorang pengangkut najis berbangsa Cina bernama Kong Kang akan datang untuk mengangkut tong najis yg dah penuh dan digantikan dengan tong bersih. Saya tak taulah sama ada nak cakap ini satu kerja yg mulia atau tidak. Apa fikiran anda? Kalau dia sanggup mengangkut najis kita...kita sanggup ke angkut najis dia? Tapi itulah hakikat kehidupan manusia bernama Kong Kang ketika itu. Sanggup menjadi pecacai angkat najis memikul tong najis di atas bahunya setiap pagi.

           Beralih pulak ke kampung saya di Kerdau Temerloh. Dalam tahun 60'an masa saya kecik dulu, Pakcik saya telah membina satu jamban utk kegunaan beberapa keluarga kami. Kalau fikir dari segi konsep binaannya ..sangatlah bahaya kepada pengguna. Ini disebabkan lubang najis sangatlah dalam. Tapak tempat mencangkung adalah diperbuat daipada simen yg sangat nipis. Andai tapak lubang tandas itu pecah pasti semua jatuh ke dalam lubang najis termasuk insan malang yg sedang memerut tu! Jamban ini terletak jauh sedikit dari rumah kami sebab utk mengelak daripada bau najis yg tidak menyenangkan. Kami terpaksa pikul air ke jamban itu bila nak buang air besar. Waktu malam adalah masa memerut yg sangat sukar ketika itu. Kami takut nak ke jamban sebab jauh dan tiada api letrik...so alamatnya terpaksa memerut di atas kertas surat khabar. Esok paginya, bungkusan 'hasil' memerut dibaling sejauh2nya..ke arah mana2lah dalam semak tu!

inilah rupa jamban kami di kampung Kerdau Temerloh di zaman 60'an

           Setelah masa berlalu, barulah kami menikmati tandas yg moden. Mula2 tandas cangkung ada flush selepas tu tandas bowl pulak. Tapi saya tak pernahlah merasa tandas mangkuk yg comel siap ada ikan dalam tangki airnya seperti dlm foto ni.

comelnyer jamban ni....nak bela ikan tilapia atau patin dalam tangki tu pun boleh...

        Bercakap tentang tandas bowl ni, ramai yang mengguna nya cara yg salah. Mereka mencangkung atas bowl ni. Kalau nak mencangkung, gunalah tandas cangkung. Cangkung punya cangkung ..hah!...inilah bahananya.
ee...ngerinyer!...nilah akibat tak tau membezakan jamban cangkung dan jamban duduk...

       Dalam cerdik2 manusia rupanya masih ada yang bodoh rupanya. Jamban pun boleh  diinovasi dan dikreatifkan jadi perabot restoran. Saya tak rasa ini satu pemodenan tapi ini adalah satu kebodohan...bodoh tak bertempat.

bangsa yg memang tidak merasa jelek, loya dan geli saja yg sanggup buat begini

        Dalam menikmati keselesaan menggunakan tandas moden dan bersih, kita masih dibaluti rasa resah gelisah bila melihat perkara begini boleh terjadi. Before you sit on the throne, make sure the throne is safe to be sat on. Just take a look at this!

eee...gelinyer...

 
        Akhir kata, gunalah jamban anda dengan menjaga kebersihannya, keselamatannya dan juga keselamatan anda. Last but not least, kita orang Islam memang tak pakai tissue jamban sebab kami cuci dengan air dan kami juga sayang bumi hijau kami...kami tak suka pokok2 di dunia ni ditebang dan dijadikan kertas jamban just utk mengesat najis. Tapi yang ini saya suka...harap2 semua tandas awam guna tissue ni...hahaha!

kalau ada jual tissue jamban muka Netanyahu atau A SiSi lagi baik...haha

    Mohon maaf , entry ini tidak bermaksud untuk meloyakan anda tapi ini adalah hakikat kehidupan....kerana jamban adalah satu keperluan...satu realiti...



0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post