Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Kita Yang Hilang



    Assalamualaikum..
    Peace be upon you...
 
        Petikan satu dialog yg sgt common hari ini:
     
        "Hi Nur, minggu depan jangan lupa ya kita pegi sama2 baby shower si Ju tu.."
        Baby shower?
        Saya pernah ternganga tertanya2..Apa ke bendanya baby shower ni?

        Sejak kebelakangan ni saya melihat orang kita ni sudah terlalu banyak hilang jenama Melayu dan Islam nya. Ini satu perkara yang amat menyedihkan. Hari ini kita terlalu tunduk kepada pengaruh barat, Kristian atau Yahudi. Apa yang mereka buat, semua kita nak ikut. Kalau dulu ibu mengandung 7 bulan mak2 kita sibuk cari bidan kampung nak buat majlis lenggang perut. Sebenarnya saya pun bukan setuju sangat bab2 lenggang melenggang perut ni tapi kalau buat kenduri doa selamat mohon kita selamat bersalin, saya ok aje. Sebab kadangkala mak2 bidan ni ada juga over2 sikit dengan adat lenggang perut ni hinggakan kita jadi was2 pulak.

        Kebelakangan ni acara lenggang perut sudah sepi ditelan zaman. Baby Shower sudah mula merasuk orang kita. Saya sendiri tak tau apa sebenarnya pengisian acara baby shower ni. Kalau diperhatikan contoh2 foto yang ada ia sekadar meraikan ibu yang bakal bersalin dengan cara kawan2 berkumpul suka2, gelak2, makan2, beri hadiah dan balik. Tahukah kita bahawa ibu yg mengandung itu akan menghadapi satu pertarungan nyawa dalam melahirkan anaknya? Inikah yang diajar oleh Nabi kita Nabi Muhammad saw? Doa memohon keselamatan utk ibu2 yang bakal bersalin ini memang tiada dalam acara sebegini.

baby shower yg berasal dari Kristian barat

kek baby shower yg memalukan kaum hawa apabila hal melahirkan anak dipermain2kan

mohon maaf...tiada niat nak mencela artis tapi artis melayulah yg ramai memulakan baby shower ni sehingga jadi ikutan orang Melayu dan Islam kini

apakah keberkatan yg dicari dalam majlis begini?

           Kini saya ingin beralih kepada produk makanan pula. Produk makanan masa kini juga dikeluarkan dalam bentuk unsur2 benda haram buat kita orang Islam. Dulu air kordial atau minuman botol tidak kita ragui. Tapi sekarang botol2nya sungguh banyak menyerupai bottle arak wine dan champagne dan orang melayu islam kita berebut2 bangganya membeli botol2 begini...cantik katanya...style katanya...yang haram itu kini sudah jadi style modern katanya...aduhai...

 ini contoh botol cordial yg pasti kita tidak ada rasa was2

botol jus dan cordial masa kini yg berbentuk botol arak wine dan champange


     Just take a look at this other product.
     Ini kepingan bacon ia itu daging babi. La ni ada pulak produk daging lembu dijual dalam rupa bacon ni. Budak2 pun dah pandai. pegi supermart nak cari daging yg nipis2 macam bacon sebab kat tv banyak mat salleh masak guna daging ni. So keluarlah product beef bacon. Astaghfirullahal azim... Begitu kebulur sangat kita ni...segala2nya nak makan nak ikut semua produk kafir.

inilah bacon daging babi

sebab teringin sangat nak makan benda macam babi bacon tu...keluarlah pulak produk beef bacon...gila!

             Demikianlah beberapa contoh produk yg mempengaruhi Melayu dan Islam masa kini. Kita sebenarnya sudah 'Hilang'. Jangan sampai kita sujud kepada pengaruh yang dahsyat ini.
                       
              Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita dan melindungi kita semua. Aamiin...
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post