The owner
![]()
Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.
Old Entries Credits ![]() Basecode by Atin Tory . Thanks too by L O V E.
| Kembara bumi Maori..New Zealand Day 4-Hobbiton Day 4..Matamata Pagi hari ke 4, kami check out drpd Hotel Ibis menuju ke Auckland semula. Tetapi dalam perjalanan kami singgah di Matamata. Ini lah tempat yang sangat saya ingin lawati. Tempat ini dipanggil Hobbiton. Ia adalah sebuah ladang biri2 yg beribu hektar luasnya kepunyaan keluarga Alexander. Semasa peberbit filem Lord of the Rings mencari lokasi yg sesuai utk dijadikan perkampungan orang kenit Hobbits, dia terpikat dengan pemandangan ladang ini drpd helikopternya. Maka kampung ini dibina. Terdapat 40 rumah2 comel berpintu bulat dalam tanah dibina. Sebuah tavern atau kedai minum bernama Green Dragon Tavern dibina khas untuk filem ini. Untuk pengetahuan semua hanya pokok pine aje yg original kat sini...yang lain2 tu semua dibina seperti rumah2, sungai, kolam, jambatan dan pokok2 tiruan yg lain. Rumah comel ni hanya luaran sahaja. Dalamnya hanya ruang kosong lebih kurang 4 kaki lebar sj ditongkat dgn sedikit kayu yg kuat...macam reban ayam. Untuk scene dalam rumah mereka shoot di studio di Wellington. Di dalam filem nama kampung ini The Shire.
pumpkins plastik
sayur2 betul ditanam oleh tukang kebun khas
roti ceramic
pokok atas rumah Frodo adalah pokok tiruan menggunakan daun plastik
ini rumah Frodo(Elijah Woods)..rumah paling cantik
lumut di pagar tu diperbuat drpd campuran yogurt..kemudian dilempar2 hingga jd mcm lumut
the bridge to the tavern
welcome drink lemon ginger fizzy
seafood pie, cobbler, salad..yum..yum
lunch time
apple crumble for dessert
dalam Green Dragon Tavern..interior yg sgt cantik dgn penggunaan kayu yg tegap
figurine Gollum
figurine Baggins
figurine Strider
figurine Gandaff the Grey
peta The Shire
buku Hobbit yg dibeli di Hobbiton...DNZ60(RM162)
Lawatan ke Hobbiton movie set adalah bahagian yg paling menyeronokkan saya...mmg awesome sangat. Love it so much!
0 SAY SOMETHING ← Newer Post
Older Post →
|