Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

daging kotak ayam cucuk



          Assalamualaikum semua...

        Cuti sekolah akhir tahun biasanya packed dengan jemputan kawin sana sini. Tapi sekarang keadaan agak menyedihkan bagi rakyat Malaysia sebab di penghujung cuti, negara kita mengalami bencana banjir yang amat dasyat. Semoga Allah pulihkan keadaan seperti biasa.

foto sekadar hiasan

         Saya banyak menerima jemputan kawin dalam masa cuti ini. Alhamdulillah..rezeki keluarga pengantin dapat menantu dan rezeki jemputan dapat meraikan perkahwinan dan juga rezeki kami dapat bertemu kenalan2 dan merapatkan lagi silaturrahim. Bagi saya, jemputan kawin adalah:

1.   Kita meraikan perkahwinan pasangan pengantin di hari bahagia mereka.

2.   Menggembirakan ibu bapa pengantin yang bersusah payah menyediakan juadah dan menjemput kita. Alangkah gembiranya wajah ibu bapa pengantin bila kita sampai dan menghulur salam serta berpelukan ukhwah. Bukan makanan yang kita kejar tetapi ukhwah

         Di sini saya ingin mencoretkan sesuatu buat renungan kita bersama. Saya sekarang sedang cuba memahami pemikiran dan ideology seorang insan tentang bab kenduri kawin ni. Insan ini adalah orang yang terpelajar dalam bidang agama. Dia suka menulis macam2 artikel.
       Saya tidak ikuti artikel2nya sebab saya diberitau bahawa artikelnya banyak menghentam orang lain dan banyak memuji diri sendiri. Salah satu artikel yg membuatkan seorang kawan saya yang membaca, rasa sangat  tersinggung ialah berkaitan dengan kenduri kawin.

         Sang penulis artikel ini menggelarkan jemputan kawin  sebagai "Pesta Makan Free". Bagi saya ini adalah satu istilah yg biadap dan  kurang ajar bagi kita orang melayu beragama Islam. Terang2an dia menyatakan dia amat tidak suka kalau orang menjemput dia kenduri kendara di hujung minggu. Dia akan memilih kenduri yg dia mau sahaja. Kalau pun dia hadir, hanyalah kerana:

1.   Semata2 nak ambil hati tuan rumah dan menganggap jemputan2 yang hadir sebagai pelahap yang hanya hendak makan sahaja.

2.   Dia juga tidak akan makan makanan yang di hidang sebab membenci lauk2 orang kawin. Katanya lauk yang dia masak lagi sedap.

 3.   Yang paling menyenakkan perut adalah bila dia berkata, dia tidak akan makan lauk kenduri daging kotak(daging sejuk) dan ayam cucuk( ayam yg disuntik). Tidakkah kita ini semua ada yg kaya dan senang boleh menyediakan daging fresh, ayam kampung...dan tidakkah juga ada yg kurang kemampuan dan hanya mampu menyediakan daging kotak dan ayam cucuk sahaja?

        Astaghfirullahhalazim! Adakah ini sifat dan sikap seorang muslim?
        Bagaimana dia boleh membezakan daging kotak atau ayam cucuk apabila semuanya sudah dimasak dan dijadikan lauk??

4.   Kata dia lagi,apabila dia hadir kenduri, matanya akan meliar melihat dan mencari riak keluarga pengantin dalam perjalanan acara kenduri tersebut.

       Saya hanya mampu beristighfar....sedih kerana dia adalah seorang perpendidikan agama. Kalau kamu jadi saya, mahukah kamu menjemput orang begini ke kenduri kawin ahli keluarga kamu? Kalau saya, saya tak mau... sebabnya saya tidak mau dia berdosa dan saya juga turut berdosa..

1.    Dia berdosa sebab dia memaksa dirinya hadir seterusnya akan menyebabkan dia mengutuk dan mencaci majlis saya...

2.    Saya berdosa sebab membiarkan dia memakan daging sejuk, ayam cucuk!

Mohon Allah jauhkan kita semua daripada sifat yang sombong dan angkuh ini...aamiinn...


SELAMAT PENGANTIN BARU KPD SEMUA PENGANTIN DAN BERSABARLAH MENGHADAPI BENCANA BANJIR DAN JUGA MENGHADAPI INSAN2 BER IDEOLOGY ANEH...
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post