Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Sensitive people..Is this you?



       Assalamualaikum wbt everyone...
       Bacalah...dan nilailah diri anda....

       Apabila usia kita semakin meningkat, jiwa kita akan menjadi sangat sensitif. Adakalanya sensitiviti kita itu boleh membuat orang salah erti, marah dan benci kepada kita. Ramai yg tidak mengetahui bahawa orang sensitif adalah orang yg mempunyai berbagai nilai murni yg cukup baik dalam diri mereka. Namun jika sekali mereka terluka...

        Di sini saya translate sebuah dapatan dan pandangan tentang sifat seorang yg sensitif. Adakah ianya kamu? Adakah ianya saya?  Apabila saya amati baik2 dapatan ini...saya menangis hiba. Saya tidak malu berkata apa yg saya rasa. Secara jujurnya, saya tau, inilah saya...
  

                                Manusia Sensitif...Adakah ini kamu?

          Orang yg sensitif adalah manusia yg paling tulen dan jujur yg pernah anda temui. Mereka jujur menceritakan hampir segala perihal diri mereka kpd kamu jika mereka mempercayai keikhlasan dan kebaikkan kamu. Namun di saat kamu mengkhianati mereka, menolak mereka dan tidak menghargai mereka...mereka akan meleraikan ukhwah dengan kamu.

           Mereka akan hidup dengan penuh rasa bersalah dan menderita atas situasi2 yg tiada penyelesaian dan salah faham.. Mereka hidup dalam kesedihan kerana mereka tidak sanggup membenci dan dibenci.

           Orang yg sensitif begini memerlukan sepenuh kasih sayang kerana jiwa mereka sering dilukai oleh orang lain. Namun, walau apa pun tragedi yg mereka lalui dalam kehidupan ini, mereka tetap  manusia yg paling mengasihani, yang harus kita dekati. Mereka juga menjadi seorang yg sangat mengambil berat dan memberi perhatian kepada insan2 yg berpatah hati, dilupai dan disalaherti.

            Mereka ibarat malaikat yang patah sayapnya dan mampu terbang hanya apabila mereka disayangi...dikasihi ...dan dicintai.



0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post