Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

write a letter, please...




Assalamualaikum wbt...
Peace be upon you...

          Semasa saya berusia 12 tahun di sekitar awal tahun70'an,  adalah zaman sangat crazy dan trendy mencari pen pals atau sahabat pena bagi teenagers macam kami. Kami joined International Pen Friends Club, satu organisasi yang menawarkan pen pals yg seusia dan sama interests dan hobby dengan kami. Ketika itu saya mempunyai ramai pen pals drpd negara seperti England, Australia, New Zealand. USA, Philippines, Germany dan lain2. Memandangkan yg saya bersekolah dan berpendidikan Inggeris, maka saya tidak ada masaalah untuk berutus surat berkomunikasi dengan pen pals saya yg rata2nya English speaking.

            Kami bercerita tentang kehidupan kami sebagai orang Malaysia, budaya kami dan agama kami. Pen pals saya sangat open minded. Kami berbicara perkara2 yang baik2 dan indah2 sahaja. Saya amat merindui my teenage years. Saya merindui menulis ayat2 yang tersusun rapi bahasa dan grammarnya. Byk yg kami pelajari melalui bersahabat pena ini.

            Bila saya mula bekerja dlm tahun 80'an, menulis surat ke sana ke sini adalah perkara biasa sebab zaman itu tidak ada computer, whatsapp, twitter dan mcm2 lagi. Kami menulis dengan pen dan tulisan tangan kami kebanyakkan nya memang cantik. Practice makes perfect. Menulis surat juga dapat meluahkan perasaan dengan lebih berkesan. Si penulis akan mendapat kepuasan menulis isi hatinya dan Si penerima akan terkesan bila membaca tulisan itu.
       
lihatlah betapa indahnya tulisan tangan orang dulu2..sebab semua menggunakan tangan bukan komputer

            Pernah satu ketika suami saya dihantar ke Pulau Langkawi utk kursus kaunselor sekolah selama 3 bulan. Di dalam kursusnya dia dan peserta2 kursus yg lain dikehendakki menulis sepucuk surat kepada isteri dan suami masing2. Mereka dikehendakki menulis sepucuk surat yg sangat sedih, pilu kpd pasangan masing2.Isi surat itu hanya rekaan semata2. Surat itu mesti diposkan kpd suami dan isteri masing2. Menurut cerita suami saya, setelah dia menampal stem disampul surat itu, dia menangis terisak2 sebab dia tidak tergamak utk saya menerima dan membaca isi surat itu. Setelah 3 hari surat itu disimpannya, akhirnya dia musnahkan surat itu dan tak jadi pos kepada saya.

             Apabila dia pulang, dia ceritakan kpd saya dia tak jadi pos surat itu kpd saya. Bila saya tanya apakah isi surat itu...dia hanya tunduk dan menangis. Hingga hari ini saya tidak tau apakah isi surat yg ditulis oleh suami saya itu. Lihatlah betapa besarnya impak menulis surat ini kpd si penulis...apa lagi impaknya kepada sipenerima yang membaca.

              Itu sebab, zaman atuk nenek emak apak serta kami semua suka menyimpan surat2 cinta yg dihantar oleh yg dicintai. Kadang2 tergelak bila membaca semula ayat2 cinta yg tersangat jiwang2 tu..hehehe...very funny yet very sweet! Surat2 cinta tu biasanya disimpan dalam kotak kasut atau diikat dengan tali mengikut bulan yg diterima. Haha..you must be joking!...but that's the reality...that's us in those days...Ada yg masih simpan surat2 cinta itu hingga berpuluh2 tahun kerana ianya sangat sentimental. Tapi surat2 cinta saya dan suami sudah lama kami hanyutkan di dalam sungai di perumahan kami, Sungai Marong...biarlah sungai itu menjadi pusara bagi bukti2 cinta kami...Kini kami cukup bahagia...kami tidak perlu lagi surat2 itu. Lagipun malu kalau anak2 terjumpa dan terbaca surat2 kami itu..haha

contoh surat2 cinta yg dikumpul dan disimpan dalam kotak kasut dan disorok bawah katil..hehe

surat2 cinta yg diikat mengikut bulan yg diterima..hehe

              Saya pernah menulis sepucuk surat kepada sesaorang. Isinya hanyalah kata2 biasa seperti nasihat dan ingatan sahaja tetapi si penerima masih menyimpan dengan rapi dan baik surat saya itu. Hanya dia sahaja yg tau kenapa surat itu sangat bermakna buat dirinya. Kini saya sedang menulis sepucuk lagi surat buatnya. Kali ini saya pasti kesan surat ini kepadanya pasti berbeza.

          this is so cute...we did this too when we were young...

       So, marilah kita budayakan semula menulis surat ini kepada yg tersayang seperti emak, ayah, suami, isteri dan anak2. Sesekali tulislah dan luahkanlah penghargaan dan kasih kita kpd mereka.Surat itu tak perlu panjang isinya..yg penting walaupun  isinya pendek dan ringkas tapi ianya sangat bermakna dan mengesankan jiwa si penulis dan si penerima. Jangan beri seribu satu alasan untuk tidak melakukannya.....

Let's write a letter today...
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post