Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Coretan hati




Assalamualaikum wrbt..
buat semua  yg hatinya penuh dengan cinta tanpa syarat...unconditional love...

Coretan dibawah adalah sekadar satu perkongsian dan ingatan kepada yang mempunyai hati yang luhur, jujur dan ikhlas dalam memberi kasih dan sayang mereka .....
     

           Hanya beberapa orang insan sahaja yang mengerti betapa bermaknanya kehadiran mereka ini dalam hidup orang lain. Bahagian yang paling rumit dalam perjalanan ini adalah apabila kamu sedari bahawa insan2 yang kononnya sanggup meredah segala kesulitan dengan kamu...tapi malangnya merekalah yang pertama meninggalkan kamu.


           Manusia membuat janji ketika matahari menyinar terang...

           Manusia memberi berbagai alasan  apabila ribut melanda...

           Maka aku bersyukur apabila hujan mencurah turun...

           Ia membasuh segala janji dan alasan yang tidak aku perlukan...
     

           Realitinya...kamu mungkin menakjubkan, jujur dan ikhlas...tapi malangnya kamu tidak dihargai. Memperolehi sesuatu yang cukup bagus itu amatlah sukar kerana amat jarang kita dapat bertemu dengan sesaorang yang baik, penyayang, kuat dan tabah. Maka insan2 yang tidak menghargai kamu ini adalah insan2 yang kerugian.

           Sesuatu yang aku pelajari adalah memahami  apabila insan2 ini pergi dariku. Baru ku sedari bahawa kasih sayangku tidak layak buat diri mereka dan kasih sayangku bukanlah untuk sembarangan orang. Kasih sayangku mempunyai nilai yang sangat tinggi hingga menyebabkan ianya sukar nak dilihat dan dicapai.....
         
         
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post