Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Yg tak kesampaian...



Assalamulaikum wrbt..
Peace be upon you...

Entry khas ini adalah buat anak2 muda dan ibu2....

Hari ni saya ingin berkongsi sebuah cerita yg saya harap akan menjadi satu titik utk kita jadikan diri kita manusia yg sentiasa muhasabah diri dan menghargai diri...

         Kisah benar ini adalah tentang seorang ibu yg bernama Nur(bukan nama sebenarnya).Ibu Nur kini berusia pertengahan 50'an. Dia berasal dari keluarga yg sederhana. Ketika remaja Ibu Nur adalah seorang yg sangat mencintai ilmu. Dia bercita2 besar untuk melanjutkan pelajarannya hingga ke peringkat yang tertinggi. Ibu Nur perpendidikan sekolah Inggeris.Tapi ketika dia berusia 17 tahun ketika di sekolah menengah, hanya mereka yg mendapat 1st Grade dalam national exam MCE(Malaysian Certificate of Education) sahaja yang layak belajar di tingkatan 6(pra university). Exam Pra U inilah yg akan menentukan tempat samaada layak masuk university untuk Degree atau tidak. Ibu Nur hanya memperolehi Grade 2.
   
        Ibu Nur tidak kecewa. Dia menyambung pelajarannya di ITM(Institute Technology Mara kini UiTM) di peringkat diploma. Namun sebenarnya dia sangat ingin menjadi seorang guru. Setelah 2 tahun di ITM, dia meninggalkannya dan memasukki Kolej Perguruan. Ibu Nur masih menyimpan hasrat ingin menyambung pelajarannya hingga ke peringkat tertinggi.

        Namun segala perancangannya terpaksa dipendam dahulu apabila dia berkahwin. Komitment yg tinggi seperti mengajar, melahirkan dan menguruskan anak dan rumahtangga serta kewangan adalah antara faktor yg menghalang segala2nya. Ketika dia berusia 35 tahun dia bersemangat menyambung pelajarannya selama setahun untuk melayakkan dirinya belajar ke peringkat Ijazah(Degree). Dia bekerja keras dan menumpukan sepenuh perhatian kpd pelajarannya. Akhirnya dia memperolehi keputusan sebagai Pelajar Cemerlang juga Pelajar Terbaik. Menjadi student di usia 35 tahun adalah sangat mencabar. Dengan penuh kerelaan dan izin suami tercinta, Ibu Nur tinggalkan suami, anak2, rumahtangga dan tanggungjawab semata2 ingin mengejar cita2nya.

        Dengan keputusan cemerlang yg dia perolehi, Ibu Nur mendapat tawaran biasiswa dan pinjaman utk melanjutkan pelajarannya di University of Birmingham di United Kingdom. Dia sudah membayangkan yg dia akan memegang segulung ijazah degree, masters seterusnya memakai 'doctoral hat' yg dipakai oleh lulusan PhD. Namun apabila Ibu Nur merenung mata anak2nya yang masih kecil, dia menangis hiba. Dia tidak sanggup meninggalkan anak2nya lagi apatah lagi meninggalkan mereka jauh di bumi Malaysia. Hanya Allah yg tahu betapa pedih pilunya hati Ibu Nur yang berkorban cita2nya demi anak2 tersayang. Ibu Nur akur dengan ketentuan Allah. Dia terus menguburkan cita2nya...

        Di kuburan hatinya yg penuh kecewa, dia menanam secebis harapan yg tidak berkesampaian itu kpd anak2 didiknya dan juga anak2nya sendiri. Di sinilah dia mulakan peranannya sebagai ibu yg menjadi motivator dan pemberi semangat kepada anak2 muda yang masih dalam pencarian ilmu. Ibu Nur sangat pantang dan tidak menyukai anak2 muda yang pemalas, putus harapan dan yg sibuk mengejar cinta dan nikah kahwin di usia muda. Ibu Nur tidak mau apa yg berlaku kepadanya turut menimpa mereka yg masih muda dan sihat.
 
        Ibu Nur berpendapat usia dan kesihatan adalah 2 perkara yang harus digunakan sepenuhnya oleh anak2 muda utk mengejar ilmu. Di ketika inilah anak2 muda tidak terikat dengan apa2 komitment yg berat. Apabila anak2 muda sibuk mengejar cinta dan berkahwin di usia yg muda, mereka tidak mampu membahagikan masa dan komitment kpd pelajaran dan juga berkeluarga dengan baik. Itu akan menyebabkan 'journey' dalam kedua2 hal ini akan menempuhi berbagai halangan dan rintangan.

        Ibu Nur berpendapat 'Kejarlah ilmu dunia akhirat dahulu sementara usia masih muda, badan masih sihat, otak masih cergas...setelah berjaya, pasti.yang lain2 akan menyusul dengan sendirinya' Ibu Nur sudah mengalami situasi ini...so learn from her experience. Atas motivasinya, Alhamdulillah... anak2 didiknya sudah beberapa orang kini sedang diperingkat PhD.

        Walaupun Ibu Nur hanya berkelulusan Diploma tapi kini ibu Nur bersyukur kerana 3 anaknya telah graduated di peringkat degree dan sudah bekerja dan berumahtangga. Kini Ibu Nur sedang bertungkus lumus cuba membantu anak angkat  dan anak bongsu kesayangannya utk mencapai cita2 yg dulu terlepas dari genggamannya. Dengan melihat kejayaan anak2nya dan anak2 didiknya... dia sudah dapat membalut luka kecewa di hatinya. Namun perjuangan Ibu Nur masih belum selesai....sama2lah kita doakan kejayaan anak2nya.

        Kini Ibu Nur turut memberi motivasi dan menyuntikkan semangat kpd anak2 muda yang lain. Ibu Nur sangat menyayangi kamu2 semua wahai anak2 muda yg sangat bersemangat utk mengejar ilmu...kerana kamu masih sihat tubuh badan dan mental...don't let it go to waste. Make yourselves useful. You are the future leaders of your country. Strive now!

          Ibu Nur ini sebenarnya adalah saya...Ibu Fatimah Aini...inilah kisah saya...untuk kamu semua jadikan iktibar....Jangan sia2kan usia muda mu sayang.....
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post