Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

pilihan ibu mertua...



Assalamualaikum wrbt semua...
Semoga hari2mu yg mendatang lebih indah dan bermakna...

          Hari ini saya terpanggil utk berkongsi isu ini setelah saya terbaca satu coretan oleh seorang isteri tentang dialog nya bersama ibu mertuanya. Ibu mertuanya bertanya kpdnya kenapakah dia memilih anak lelakinya sebagai suami? Saya tertarik tentang jawapan isteri muda ini. Ada di antara jawapan2nya yang buat saya tersenyum,  Ada juga yg membuat saya termenung sejenak. Kalau ibu mertua kita tanya kita, pasti kebanyakkan dari kita akan  menjawab begini:..

Saya pilih anak emak sebagai suami saya sebab:
dia baik
dia  alim dan soleh
dia rajin
dia penyayang

            Jawapan2 ini adalah sangat subjektif. Ia tidak menggambarkan dengan jelas dan lebih terperinci sifat baik, alim, rajin dan penyayang itu. Hanya sang isteri shj yg tau menilai suaminya. Begitu juga jika ibu mertua bertanya kpd menantu lelakinya...
         "Kenapa kamu memilih anak perempuan emak sebagai isteri kamu?" Pasti jawapannya hampir sama...kerana anak mak baik, alim, rajin, taat, penyayang...


           Kepada anak2 muda lelaki atau perempuan yg masih belum berkahwin... cuba pulak kamu tanya mak2 kamu soalan ini:
          "Emak,..kalau mak nak menantu... mak nak menantu yang macam mana?"
Pastilah mak2 kamu akan menjawab:
           "Mak nak menantu yg baik, boleh bimbing kamu ke jalan Allah, jaga kamu dan anak2 baik2 dan hormat orang tua dan boleh terima keluarga kita seadanya"
Itulah jawapan yg pasti keluar dari mulut emak kamu. On the whole...beerti mak memanglah maukan menantu yg baik dan soleh.

             Kamu semua juga harus ingat, mertua kamu tidak inginkan wang ringgit, harta benda atau pujian kamu. Material dunia bukanlah keutamaan bagi mereka walaupun ada segelintir yang bersikap begitu. Orang2 tua seperti mertua kamu tidak ingin dilayan dan dimanja dgn material dunia. Mereka ingin hati mereka, jiwa mereka dan perasaan mereka dibelai dan dimanja. Belailah hati mertua kamu dengan budi pekerti, perhatian dan kasih sayang kamu yg tinggi. Belailah hati mereka dengan keyakinan bahawa kamu mampu menjaga anaknya. Itu saja.

kemesraan ibu mertua dan menantunya...


             Tapi taukah kamu disebalik keinginan emak kamu bermenantukan orang yg baik, alim, rajin dan penyayang, mak kamu merahsiakan keinginan yang lebih kompleks daripada bakal menantunya. Menantu yang emak kamu inginkan sebenarnya adalah bukan sahaja boleh memenangi hati kamu tetapi turut memenangi dan mencuri hati dia juga.

Kalau menantu perempuan.... emak kamu mau menantu perempuannya itu:

1.      Mulakan langkah pertama dengan menghormati, menyayangi, bertutur baik, pandai mengambil hatinya, orang tua dan semua orang yang kamu sayangi.

2.      Harus bijak, rajin dan cergas di dapur.

3.      Tidak kekok atau janggal memeluk dan menciumnya dan juga tolong mengurut atau memicit tubuh badannya kalau terasa lenguh2 atau sakit2. Sentuhan fizikal emak dan menantu perempuan amatlah mengesankan. Rahsia inilah yang ramai orang tidak tahu.

4.      Pandai merapatkn diri, bertanya khabar, manja, bergurau dan pandai memujuknya.

5.      Harus selesa dan nyaman mendengar keluh kesah dan curahan hatinya.


Kalau menantu lelaki...emak kamu mau menantu lelakinya itu:

1.      Mulakan langkah pertama dengan menghormati, menyayangi, bertutur baik, pandai mengambil hatinya, orang tua dan semua orang yg kamu sayangi.

2.       Harus rajin atau ringan tulang menolong urusan keluarga.

3.       Rapatkan diri dan rajin berborak dan berinteraksi dengannya.

4.       Ambil berat tentang urusan kesihatan ibu bapa atau mertua

5.       Harus memberi perhatian, bertanya khabar dan mendengar keluh kesahnya

          Ini bukanlah satu dapatan atau conclusion sesuatu kajian saintifik atau kajian psikologi tapi sekadar suara hati para ibu yg bakal menerima menantu. Saya percaya sebagai seorang ibu, saya memang inginkan menantu yg berciri begini. Sifat2 beginilah yg membuat hati ibu menjadi sangat sayang kepada menantu....


Jadi anak2 muda semua...bagaimana persediaan kamu untuk menjadi menantu kpd mertua kamu? Saya doakan kamu semua jadi insan yg terbaik buat ibu bapa dan mertua kamu.

Good Luck!

   




1 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post